Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

'Fara Aniza' Minta Saiz Bra, Mafarikha; "Tolong Berwaspada Dengan Pervert Konon Berlakon Jadi Perempuan Ni"

Amri Hassan
12/07/2021 00:52 MYT
Penyanyi Mafarikha mengingatkan orang ramai terutama golongan wanita agar berwaspada dengan pemilik Instagram yang menyamar atas tujuan memperdaya mangsa.

Penyamaran dibuat sebagai wanita adalah taktik utama untuk mendekati pengguna media sosial wanita demi melempiaskan nafsu aneh.

Dedah Mafarikha, dia yang dihubungi oleh individu bernama 'Fara Aniza' pada mulanya tidak menyangka perbualan mereka berakhir dengan permintaan saiz pakaian dalamnya.

"Tolong berwaspada dengan penyumbanglewang konon-konon berlakon jadi perempuan ni ya. Done block!" tulisnya bersama tangkap layar perbualannya bersama individu terbabit.



Pada mulanya individu berkenaan memperkenalkan diri sambil cuba untuk bersembang dengan penyanyi berkenaan.

Kemudiannya, Mafarikha diumpan dengan pelawaan untuk ke butik pakaian dalamnya yang akan dibuka di Wangsa Maju.



Lebih meragukan apabila individu berkenaan meminta saiz dan jenama baju dalam yang dipakai Mafarikha.

"Juga tolong berwaspada, bukan di Instagram sahaja dia buat dan bukan ini saja yang dia target.

"Ada yang minta gambar kaki dan gambar anak korang sebab dia cakap jual baju budak. Jika tertanya-tanya kepada orang yang ada begini, kerana mereka ada fetish terhadap benda begini. Jelik tapi betul," tambahnya.



Perkongsian Mafarikha menarik perhatian ramai yang turut tampil mendedahkan kisah peribadi yang pernah juga dihubungi oleh pemilik akaun bernama Fara Aniza itu.
#Penyanyi #Viral #Instagram #Netizen #Pervert #Bra #Pakaian Dalam #Mafarikha #Baju Dalam #Fara Aniza #Miang #Penyamar
;