Hiburan

Fara Hazel Lancar Single Duet Bersama Bakal Suami

gempak
Fiza Kamarudin
30/10/2019
23:45 MYT
Sponsor Banner
Fara Hazel Lancar Single Duet Bersama Bakal Suami
Penyanyi Fara Hazel bakal melancarkan single duet bersama bakal suaminya, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin hujung tahun ini serentak dengan majlis perkahwinan mereka.
Fara berkata, dia mengajak tuning untuk berduet kerana lelaki tersebut juga seorang yang aktif menyanyi di Kuala Terengganu.
“Tunang saya boleh menyanyi. Di Kuala Terengganu pun dia menyanyi juga. Jadi dari situ timbul idea untuk mengajak dia berduet.
“Saya cakap kepada dia ‘why not you berduet dengan I dan kita lancarkan lagu?’ dan tak sangka pula dia setuju,” katanya.
Bercakap mengenai perkahwinannya, Fara berkata setakat ini persiapan sudah dilakukan dan berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar setakat ini dan semuanya baik-baik sahaja,” ujarnya.
Ketika ditanya adakah dia menyesal untuk menamatkan zaman bujang pada usia muda, kata Fara kahwin muda atau lambat bukan suatu isu.
“Saya rasa usia 23 tahun ini sesuailah kot…Tak terlalu cepat, tak terlalu lambat. Dah sampai masa agaknya,” jawabnya.
Fara dan Kamal bertunang pada 6 Julai lalu dalam sebuah majlis sederhana selepas tiga tahun berkenalan.
Mengikut perancangan, Fara dan Kamal akan mengadakan tiga majlis resepsi untuk meraikan hari bahagia mereka nanti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live