Hiburan

"Fara Mendoza Bukan Anak Saudara Saya!" - Ramlah Ram Minta Padam Nama Dari Wikipedia

gempak
Amri Hassan
21/01/2020
10:05 MYT
Sponsor Banner
"Fara Mendoza Bukan Anak Saudara Saya!" - Ramlah Ram Minta Padam Nama Dari Wikipedia
Penyanyi Ramlah Ram meminta orang ramai tidak terus mengaitkan namanya sebagai ibu saudara pelakon sensasi, Fara Mendoza.
Kata Ramlah, 55, mereka memang tidak ada hubungan kekeluargaan dan keliru bagaimana orang boleh mengaitkannya.
"Fara Mendoza bukan anak saudara saya. Kami tidak ada pertalian darah langsung dan dia memang bukan siapa-siapa dengan saya.
"Saya hanya kenal dia sebagai pelakon kerana kami pernah berjumpa dua kali dalam majlis hiburan," katanya memetik laporan Harian Metro.
Menurut Ramlah, dia perlu tampil membuat penjelasan sebenar bagi menjaga nama baiknya dan keluarga di kampung.
"Selama ini, saya ada juga dengar orang kaitkan kami ada hubungan kekeluargaan yang rapat. Namun, saya biarkan saja. Saya fikir tidak perlu ambil peduli.
"Namun, apabila pelbagai cerita sensasi mengenai Fara Mendoza timbul maka nama saya dikaitkan.
"Banyak mesej langsung (DM) melalui Instagram dihantar orang ramai kepada saya meminta supaya tolong menasihati anak saudara sendiri," katanya.
Tambahnya, situasi itu cukup membuatkan dia bingung kerana secara tidak langsung diheret dalam urusan yang tidak ada kena-mengena dengannya.
"Dia bukan anak saudara saya, jadi macam mana nak nasihatkannya. Justeru, saya minta janganlah terus mengaitkan kami.
"Bukan saya seorang saja terkena tempias membabitkan perihal Fara Mendoza ini tetapi keluarga di kampung iaitu adik-beradik dan anak saudara turut terpalit sama.
"Paling tak disangka, dalam Wikipedia Fara Mendoza pun dicatatkan nama saya sebagai ibu saudara, sedangkan realitinya itu tidak benar," katanya.
Ramlah berharap dengan penjelasan ini tidak ada lagi mana-mana pihak terutama penulis blog mengaitkan namanya dan pelakon wanita berkenaan.
"Malah, kepada pihak yang membuat Wikipedia Fara Mendoza itu, diminta tolong padamkan nama saya sebagai ibu saudara kerana kami bukan ahli keluarga.
"Saya harap dengan penjelasan ini, nama baik saya dan keluarga dapat dibersihkan kerana kami memang tidak ada kena-mengena dengan Fara Mendoza," katanya.
Ramlah berkata, pada usianya kini, dia mahu menjalani kehidupan harian dengan tenang tanpa perlu memikirkan masalah orang lain.
Katanya, penjelasan dibuat juga bukan kerana menilai keperibadian Fara Mendoza tetapi sudah tiba untuk dia bersuara demi kebenaran.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024