Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Farah Ann Nak Cuba Jadi Pengacara? Eh Why Not!

Mya Amri
24/02/2022 07:54 MYT
Ratu gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi menyatakan hasratnya untuk mencuba bidang pengacaraan.

Bagaimanapun kata Farah, hasratnya itu tidak tertumpu pada satu bidang sahaja sebaliknya dalam skop yang lebih luas.

“Saya merancang untuk menjadi juri, jadi sekarang sekarang saya dah mula belajar serba sedikit dengan teknikal deligate mengenai perkara itu.

“Saya juga mahu berbakti dengan membuat kem untuk kanak-kanak masuk dalam sukan gimnastik dan belajar.

“Saya juga mungkin akan cuba masuk bidang perniagaan, mungkin juga pengacaraan untuk TV,” ujarnya.

Farah Ann berkata dalam segmen Gempak Hit Era bersama Isha Norsham hari ini.

Selain itu, Isha juga sempat bertanyakan mengenai kehidupan Farah sepanjang pandemik.

“Sememangnya sepanjang pandemik ini agak sukar tetapi saya dapat menyempurnakan impian saya untuk ke sukan Olimpik di Tokyo.

“Walaupun ia memang berbeza dengan pertandingan yang saya telah lalui sebelum ini tetapi saya sangat bersyukur dapat bertanding dan mewakili Malaysia di pentas Olimpik.

“Sekarang saya dapat meluangkan masa bersama dengan keluarga selepas saya balik dan sedang menyesuaikan diri keadaan norma baharu,” katanya.

Selain Farah Ann, Isha yang juga merupakan hos Gempak TV bakal menghubungi selebriti untuk mengetahui perkembangan terbaharu mereka untuk segmen Gempak Hit Era.

Dengarkan segmen Gempak Hit Era, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 1 hingga 4 petang hanya di ERA.Je

#Farah Ann #Gimnas Negara #Gempak Hit Era
;