"Farah Berjaya Masak Ikan Terakhir Awak Memancing" - Sebak... Isteri Tunai Hasrat Terakhir Pitt Hanif

Asraf Aided
November 1, 2019 06:14 MYT
Isteri kepada Allahyarham Mohd Firdaus atau lebih dikenali sebagai Pitt Hanif, Farah Ahmad mencetus rasa sebak apabila berkongsi foto masakan ikan terakhir dari hasil pancingan suaminya itu.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut pelakon itu, Pitt berhasrat untuk menyuruh Farah memasak ikan kenerak hasil tangkapannya dan memberitahu perkara itu kepada rakan yang dikenali sebagai Aiman.
"Kenapa Encik Firdaus tak percaya ke Farah berjaya masak Ikan Kenerak yang awak last memancing sebelum hari kejadian, Aiman dah tunaikan hasrat awak.
"Di hari kejadian, ketika sampai, Sham kawan Pitt yang selamat ada simpan ikan nak bawa balik KL suruh Farah masak.
"Aiman text, sehari sebelum arwah tak ada, arwah dapat ikan, hajat dia nak bawa balik suruh akak masak.
"Farah berjaya masak tapi siang je tak sebab ikan tu besar sangat, selalu dapat ikan awak yang siangkan siap-siap.
"Farah masak gulai tempoyak dan asam pedas sebab mama awak tak makan tempoyak, so malam ni kenduri Farah ada jemput kawan-kawan memancing sekali untuk mereka lepas rindu, awak terima kasih tau selalu ingat kita, kita akan ingat kata-kata awak En Firdaus Hensem," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Farah tumpang berdukacita dan menulis ucapan takziah kepadanya.
Pada Sabtu, Pitt dilaporkan lemas ketika memancing selepas bot yang dinaiki di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang karam sekitar pukul 1 tengah hari.
Berita pemergian pengarah terkenal itu kemudiannya diumumkan oleh ibunya sendiri, pelakon Fauziah Nawi menerusi laman sosial Facebook pada Ahad.
BACA : “Jenazah Telah Ditemui Dalam Keadaan Yang Elok” – Pitt Hanif Telah Ditemui
#Pitt Hanif #Farah