Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Farah Lee Dah Kahwin, Netizen Rasa Lucu Tengok Hashtag - “Macam Tu Je Dia Umum”

Mya Amri
06/01/2024 02:00 MYT
Aktivis dan personaliti media sosial, Farah Lee memaklumkan dirinya kini sudah kembali bergelar isteri selepas tujuh tahun menjadi ibu tunggal.

Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, 31, berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.

Difahamkan Farah mendirikan rumah tangga dengan individu yang dikenali sebagai Fuad pada Jumaat.

“Okay done kahwin lagi sekali. 05.01.24. #goodluckFUAD “ tulisnya ringkas.

A post shared by Farah Lee (@farahlee_)

Sementara itu, ruangan komen hantaran berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah rakan-rakan selebriti antaranya Heliza Helmi, Wany Hasrita, Lisa Surihani, Almy Nadia dan Fakhrul UNIC.

Bagaimanapun netizen juga tidak ketinggalan mengambil peluang mengusik Farah disebabkan cara pengumuman dan hashtag lucunya itu.

Antara komen yang diterima adalah:

“Macam tu je dia umum wey hahah,”

“Macam tu je caption dengan hashtag kahwin dia wey hahah,”

Terdahulu, Farah sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pengacara Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 namun bercerai pada 17 Ogos 2016.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Maream Esaabel yang kini berusia 9 tahun.

#Kahwin #Farah Lee
;