Farah Nabilah Selamat Bersalin, Timang Bayi Lelaki, Tahniah!

ZULHILMI JALIL
Oktober 22, 2020 15:28 MYT
Pelakon Farah Nabilah kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan bayi sulungnya pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.
Menurut Farah atau nama sebenarnya, Farah Nabilah Saipuddin, 28, bayi lelaki yang masih dirahsiakan identitinya itu kini berada dalam keadaan sihat.
"Assalamualaikum semua. Syukur Alhamdulillah Fawaa telah selamat melahirkan bayi lelaki sulung yang sihat pada pagi tadi, 22 Oktober 2020, 5 Rabiulawal 1442.
"Fawaa akan kongsikan nama and wajahnya bila tiba masanya ya," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya sebentar tadi.
Dalam entri tersebut Farah hanya memuat naik video gelap kosong tanpa sebarang imej.
Bagaimanapun, Farah mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas segala doa yang dititipkan buatnya selama ini.
"Terima kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. Semoga Allah merahmati kita semua dengan kegembiraan terutamanya dalam keadaan macam ni. Be safe semua," tulisnya.
Di ruangan komen, Farah dihujani ucapan tahniah atas berita kelahiran cahaya matanya itu.
Farah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 29 pada 20 Disember 2019.
#Bersalin #Bayi #Farah Nabilah