Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Farawahida Bertunang?

Asraf Aided
19/03/2021 06:05 MYT
Sekeping foto yang dikongsi penyanyi Farawahida menerusi Facebook hari ini mengundang perhatian ramai.

Menerusi perkongsian tersebut, Farawahida kelihatan memakai persalinan seperti dalam satu majlis pertunangan.

Menambahkan lagi tanda tanya apabila penyanyi lagu Semuanya Ada Di Sini itu menulis perkataan "tunang" di bahagian kapsyen.

"Tunang..." tulisnya ringkas.

Pada masa yang sama, foto itu turut dikongsi Farawahida di ruangan Instagram Story miliknya.

Walaubagaimanapun, wajah lelaki yang memakai persalinan sedondon sebelah Farawahida itu diselindungkan di sebalik jambangan bunga yang dipegangnya.
Tunang.....

Posted by Real Farawahida Razali Full on Thursday, March 18, 2021

Imbas kembali, Farawahida sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Shukor Mohd Zain pada 16 Disember 2013.

Sekitar 2017, khabar angin bertiup mengatakan rumah tangga mereka berakhir namun Farawahida enggan mendedahkan apa-apa berkaitan dakwaan tersebut.

#Penyanyi #Tunang #Farawahida #Majlis