Penyanyi dan bintang program Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Farawahida merancang untuk menghasilkan single terbaru bergenre irama Malaysia.

Menerusi laporan H Live, Fara menjelaskan dia sedang mengumpul material untuk menghasilkan lagu terbaru selepas tersingkir di minggu suku akhir GV5.

"Saya sedang mengumpul material, selepas berakhirnya perjalanan saya di GV5 ini, saya mesti hasilkan lagu.

"Semuanya masih dalam proses, saya merancang untuk menghasilkan lagu irama Malaysia memandangkan ramai yang berpendapat genre tersebut sesuai dengan cara nyanyian saya," ujarnya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).