HIBURAN
Farez Adnan Tegur Netizen, Nafi Dakwaan ‘Untung’ Jadi Penyanyi Sebab Nak Hidup Mewah - “Bukan Satu Kerja Acik, Berpuluh Kita Buat”
Penyanyi dan personaliti media sosial, Farez Adnan tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan menggunakan jalan pintas untuk meraih pendapatan.
Dunia nyanyian bukan jaminan kekayaan
Menerusi hantaran video pendek di TikTok, Farez menjelaskan bahawa dunia nyanyian bukanlah jaminan kekayaan seperti yang sering digambarkan oleh sesetengah pihak.
“Saya menyanyi dari usia 19 tahun, sekarang umur saya sudah 30 tahun.
“Allah janjikan kita usaha, Allah bagi rezeki. Ayat acik itu kena betul kan lah. Bukan untung jadi penyanyi tapi untung kalau kita kerja keras,” ujarnya.
Bukan hanya satu kerja
Tambah Farez lagi, ramai penyanyi yang bergelut untuk menampung kehidupan, dan tidak semua mendapat limpahan populariti dan kekayaan.
Malah, Farez menekankan bahawa anak seni kini tidak hanya bergantung pada satu sumber pendapatan semata-mata.
“Penyanyi tak untung acik, ramai sahaja penyanyi dekat luar sana yang tak mampu dan ramai yang kaya raya.
“Tapi bukan hanya satu kerja acik, berpuluh-puluh kerja kita buat. Kalau acik rasa jadi penyanyi tu kaya, acik cubalah jadi penyanyi, mana tahu rezeki,” jelasnya.
Berikut merupakan video penuh Farez:
@farezadnanofficial Replying to @Norihan Said ♬ [Raw recording] Record playback noise 01 (3 minutes) - Icy Light
Must-Watch Video