HIBURAN

Farez Adnan Tegur Netizen, Nafi Dakwaan ‘Untung’ Jadi Penyanyi Sebab Nak Hidup Mewah - “Bukan Satu Kerja Acik, Berpuluh Kita Buat”

Mya Amri 15/08/2025 | 11:55 MYT
Penyanyi dan personaliti media sosial, Farez Adnan tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan menggunakan jalan pintas untuk meraih pendapatan.

Dunia nyanyian bukan jaminan kekayaan

Menerusi hantaran video pendek di TikTok, Farez menjelaskan bahawa dunia nyanyian bukanlah jaminan kekayaan seperti yang sering digambarkan oleh sesetengah pihak.

“Saya menyanyi dari usia 19 tahun, sekarang umur saya sudah 30 tahun.

Allah janjikan kita usaha, Allah bagi rezeki. Ayat acik itu kena betul kan lah. Bukan untung jadi penyanyi tapi untung kalau kita kerja keras,” ujarnya.

Bukan hanya satu kerja

Tambah Farez lagi, ramai penyanyi yang bergelut untuk menampung kehidupan, dan tidak semua mendapat limpahan populariti dan kekayaan.

Malah, Farez menekankan bahawa anak seni kini tidak hanya bergantung pada satu sumber pendapatan semata-mata.

undefined
#Penyanyi #Farez Adnan