Farid Kamil Bakal Umum Kejutan, Diana Daniell Tak Hadir Ke Mahkamah
Syafiqah Jalal
11/04/2023 04:56 MYT
11/04/2023 04:56 MYT
Pelakon Diana Daniell tidak hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi proses sulh hari ini.
Info terbabit disahkan sendiri oleh peguam syarie yang diwakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kader selepas Farid Kamil tiba ke mahkamah pada pagi Selasa.
"Diana tidak dapat hadir," maklumnya menerusi aplikasi Whatsapp tanpa memberitahu sebab dan alasan kepada media.
Farid pula sebelum memasuki bilik khas untuk proses sulh memberitahu bakal mengumumkan kejutan khas buat Diana.
"Kejutan? Saya akan adakan sidang media sebentar lagi selepas proses sulh ini," maklumnya.
Petugas media tidak dibenarkan mengikuti prosiding dan hanya dibenarkan berada di ruangan menunggu di luar dewan mahkamah.
Terdahulu, Gempak melaporkan pasangan pelakon itu dinasihatkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling untuk berdamai sewaktu sebutan permohonan cerai yang difailkan Diana.
Pelakon Imaginur itu memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Namun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Menurut peguam syarie yang mewakili Diana, Akberdin, Mahkamah Tinggi Syariah juga mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara anak (interim) kepada Diana pada 24 Mac lalu.
Katanya, Diana juga membuat permohonan hadanah itu pada 23 Mac lalu.
Pasangan pelakon popular itu sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada 3 November 2012.