Farid Kamil Pegang Perut Diana Danielle, Ramai Speku Hamil! Ye Ker?
Asyikin Mayudin
20/10/2023 07:20 MYT
20/10/2023 07:20 MYT
Gara-gara aktor Farid Kamil memegang perut isterinya iaitu Diana Danielle ketika bergambar, ramai netizen membuat spekulasi aktes itu sedang hamil.
Bagaimanapun Diana tampil menafikan spekulasi tersebut dan memberitahu dia dan suaminya belum mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.
"Tidak, saya tidak hamil. Malah saya tidak merancang pun untuk hamil dalam waktu terdekat ini. Bukan sebab masa tidak sesuai, tetapi bercakap soal hamil ini bukan everything is like roses (sesuatu yang indah).
"Kerana bagi saya, anak-anak (Muhammad dan Aurora) adalah yang lebih penting sekarang ini," katanya ringkas menerusi video temu bual dengan media yang dikongsikan di TikTok.
Diana berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai foto memperlihatkan Farid memegang perutnya sehingga netizen mendakwa ia seakan memberi bayangan aktres itu sedang hamil.
Terdahulu, Farid mengesahkan dia dan Diana telah kembali rujuk semula pada 31 Ogos lalu selepas 21 hari berpisah.
Farid dan Diana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.
Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.