Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Farisha Iris Dapat Cium Sandra Buat Kali Terakhir, “Kenal 4 Minggu, Dia Tak Pernah Buruk Sangka Pada Orang”

Azwa Rahman 12/09/2020 | 09:48 MYT
Bintang Big Stage 2020 Farisha Iris berkesempatan menziarahi jenazah rakan seperjuangannya Sandra Dianne sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di Kota Kinabalu, Sabah.
Menurut Farisha, walaupun baru berkenalan selama empat minggu, mereka sangat rapat dan sudah dianggap seperti satu keluarga.
“Kami dapat berita dia meninggal pada jam 12.40 pagi dan kami terus bergerak ke Hospital Putrajaya.
“Alhamdulillah saya dapat jumpa, dapat peluk dan cium dia di bilik Forensik. Dia nampak sangat cantik.
“Masa saya tengok dia, Ya Allah seminggu dia lawan rasa sakit tu. Saya tahu dia kuat tapi mungkin dia tak mampu tahan dah.
“Dia seorang yang sangat positif, baik dan tak pernah buruk sangka pada orang.
“Walaupun baru empat minggu perkenalan, disebabkan hari-hari jumpa, jadi kami rapat. Kali terakhir saya jumpa dia hari Khamis minggu lalu,” ujar Farisha ketika dihubungi Gempak.
Tambah Farisha lagi, dia cukup sedih dan terasa kehilangan sehingga tidak mampu untuk membuat persembahan di pentas Big Stage.
“Saya rasa kehilangan, tak sanggup nak buat persembahan kat pentas Big Stage dengan keadaan macam ni.
“Kami banyak cipta memori bersama, lepak, sebab kami adalah orang yang terdekat yang ada dengan dia selama empat minggu ni. Saya sangat sedih, kita sama-sama rakan seperjuangan dalam Big Stage,” jelasnya lagi.
Pada Jumaat, Sandra Dianne telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 1 pagi setelah lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan.
Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan jam 5.45 petang semalam.
#Sandra Dianne #Big Stage 2020 #Farisha Iris
;