Hiburan

Fariz Jabba Harap ‘Kalah’ Kolaborasi Dengan omarKENOBI, Ulang Kejayaan ‘Masa’!

gempak
Fiza Kamarudin
15/04/2020
03:00 MYT
Sponsor Banner
Fariz Jabba Harap ‘Kalah’ Kolaborasi Dengan omarKENOBI, Ulang Kejayaan ‘Masa’!
Rapper, penyanyi dan penari Fariz Jabba berharap agar lagu Kalah kolaborasi dengan penerbit dan penyanyi rap omarKENOBI dapat mengulangi kejayaan lagu Masa.
Lagu Masa nyanyian Fariz yang pernah mencatat 2.5 juta penstriman di Spotify dan hampir 1.5 juta tontonan di YouTube.
Kejayaan single ‘Masa’ telah mematikan semua keraguan yang pernah wujud tentang bakat nyanyian Fariz Jabba.
‘Kalah’ menguatkan lagi pegangan artistiknya: paduan suara yang mantap, digabungkan dengan keyakinan diri yang tinggi.
Mesej yang disampaikan menerusi lagu ‘Kalah’ juga sangat jelas iaitu Fariz Jabba dan omarKENOBI tidak akan pernah kalah.
"Kami memutuskan tidak akan berfikir dua kali tentang perasaan kami ketika menulis lirik lagu ini, jadi lirik yang kedengaran seperti mengarut dan lucu dalam lagu ini adalah pemikiran saya yang paling jujur.
"Tidak kira berapa banyak masalah yang timbul, kekalahan bukan pilihan,” katanya yang bernaung di bawah Def Jam South East Asia sejak tahun lalu.
Fariz mempunyai pengalaman bekerjasama dengan Gucci, Tommy Hilfiger, Hugo dan dia juga sebahagian daripada ahli keluarga Nike.
omarKENOBI selaku penerbit dan rapper bagi lagu ini mencipta ‘beat’ Kalah di studio rumahnya bersama Fariz.
Lagu Kalah adalah solo kedua bagi omarKENOBI yang pernah tampil dalam lagu nyanyian Sam Rui, Emir Hermono dan Fauxe.
omarKENOBI mula berkecimpung dalam bidang rap pada 2013 bersama kumpulannya Crew Haircut Mediocre.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live