,
Berita

Fariz Jabba Tampil Dengan Single Baru Berjudul Masa

Asraf Aided
08/05/2019
09:10 MYT
Rapper Fariz Jabba tampil degan single terbaru yang berentak R&B berjudul Masa.
Single ini berjaya membuktikan Fariz mempunyai bakat bukan sahaja sekadar seorang rapper malah turut menyerlahkan rentak tari yang cukup progresif.
Lagu terbitan Flightsch itu adalah single kedua artis berusia 22 tahun berkenaan, di mana ia disadur dengan semarak cita-cita muzikal serta pencapaian baru untuk meletakkan Fariz selangkah ke depan dari zon kontemporarinya.
Kurang daripada setahun selepas tampil dengan single pengenalannya, Fariz terbukti berkembang dan melangkaui masa sebagai pemuzik, penulis lagu, dan penghibur dengan lancar di kala yang lain ambil masa berbuat demikian.
Muzik video yang diarahkan dan koreografinya dicipta Alif Aircho, mengangkat serta melangkaui segala batasan yang kerap membantutkan seseorang artis itu untuk terus berada dalam satu haluan saja.
Lagu Masa adalah kenyataan bidas Fariz Jabba bahawa artis perlu ada formula atau diletakkan dalam satu kotak saja.
“Menyanyi dan menari sentiasa menjadi obses saya sejak daripada kecil.
"Saya ingat lagi saya sering menonton persembahan secara langsung Chris Brown dan Michael Jackson hari-hari semata-mata mahu meniru pergerakan mereka dan berangan saya sedang menarikan lagu sendiri di pentas.
"Akhirnya, kini saya berada di laluan yang sama dengan idola saya itu.
"Single ini terlalu istimewa dalam hati saya disebabkan ia lagu R&B dan lagu cinta pertama saya tulis dalam Bahasa Melayu.
"Saya sangat berharap mesej lagu ini akan sampai kepada semua sebagaimana yang saya inginkan,” kata Fariz.
Single ini telah dilancarkan dan sudahpun boleh didapati di platform digital.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Abubakarxli Tunjukkan Kesetiaan Kepada ‘KRU’ Dalam Single Baru Bersama Fariz Jabba

gempak
14/08/2020
10:20 MYT
Abubakarxli tampil dengan lagu baru berjudul KRU.
Hiburan

Fariz Jabba Harap ‘Kalah’ Kolaborasi Dengan omarKENOBI, Ulang Kejayaan ‘Masa’!

gempak
15/04/2020
03:00 MYT
Hiburan

“Saya Pernah Hidup Susah, Alas Perut Dengan Mi Segera, Tapi Doa Ibu Kejayaan Saya Hari Ini…” – Fariz Jabba

gempak
09/03/2020
01:16 MYT
BorakSeeni