Pengeluar produk tenusu terbesar Malaysia, Farm Fresh Berhad melancarkan Tabung Didik Kasih Anak Yatim Farm Fresh untuk mengumpul dana bagi membantu pendidikan anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Encik Azmi Zainal, berkata inisiatif itu dilancarkan untuk mengajak rakyat Malaysia sama-sama berkongsi rezeki membantu anak-anak yang kehilangan tempat bergantung selepas ibu atau bapa mereka meninggal dunia.

Jelas Azmi lagi, pihaknya mewujudkan tabung berkenaan apabila berasa sangat tersentuh mengenangkan nasib yang bakal dihadapi anak-anak yang kehilangan ibu dan bapa secara tiba-tiba, dan memikirkan bagaimana Farm Fresh boleh membantu anak-anak ini meneruskan pembelajaran mereka.

“Selepas negara memasuki fasa endemik, banyak pihak memberi tumpuan untuk memulihkan sektor ekonomi negara namun ramai yang terlupa atau terlepas pandang mengenai nasib dan masa depan anak-anak malang ini.

“Justeru kami dari Farm Fresh mahu mengajak rakyat Malaysia sama ada individu mahupun pihak korporat yang pemurah sama-sama berkongsi rezeki menyumbang dalam tabung ini untuk diagihkan kepada anak-anak yatim yang terlibat," katanya.

Pada awal bulan ini, Farm Fresh telah menyumbang sejumlah RM500,000 kepada Yayasan Didik Negara (YDN) untuk diagihkan kepada murid-murid yang terkesan kerana kehilangan ibu bapa.

"Inisiatif ini kami wujudkan untuk memberi kesedaran kepada semua rakyat supaya lebih prihatin dan mengambil empati untuk membantu mereka. Memang ramai yang simpati tapi apa pula tindakan kita untuk membantu mereka?.

"Kami amat memahami situasi dihadapi anak-anak yang kehilangan ibu dan bapa, Mereka hilang tempat bermanja dan bergantung.

“Meskipun ada waris yang boleh menjaga namun pasti mereka tetap merasakan kehilangan, bantuan yang kita hulurkan sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban kewangan waris," jelasnya.

Tabung Didik Kasih Anak Yatim Farm Fresh ini juga turut dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi bin Md Jidin bersempena Konsert Kongsi Kasih Farm Fresh X Gegar Vaganza di Ladang 16, Universiti Putra Malaysia.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia merangkap Pengerusi Yayasan Didik Negara, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Nazamid Saari.

Antara barisan artis Gegar Vaganza yang membuat persembahan termasuk Aishah, Amelina, Jatt Ali, Naqiu, Noraniza Idris, Linda Nanuwil dan Mimifly.

Kempen kutipan sumbangan bagi Tabung Didik Kasih Anak Yatim Farm Fresh itu akan berlangsung secara berterusan dan menyasarkan kutipan berjumlah RM3 juta. Nantikan maklumat lanjut bagaimana anda boleh membantu dan menyumbang ke dalam tabung ini.

Dalam pada itu, bersempena Konsert Kongsi Kasih Farm Fresh X Gegar Vaganza ini, Farm Fresh turut melancarkan susu berperisa pisang yang dinanti-nantikan oleh penggemar susu pisang.

Perisa susu pisang ini bukanlah sesuatu yang baru di pasaran, sebaliknya ia telah menjadi kegemaran ramai pengguna.

Susu Pisang Farm Fresh didatangkan dalam dua saiz iaitu dalam botol bersaiz 700 ml dan pek UHT 200 ml.

Susu Pisang Farm Fresh diperkaya dengan rasa pisang berkrim manis dan turut mengandungi sari pisang asli yang membangkitkan rasa pisang sebenar tanpa pewarna dan perisa tambahan.

Susu Pisang Farm Fresh diperbuat daripada susu lembu, yang tinggi dengan sumber protein dan kalsium.

Boleh didapati di semua pasar raya besar, kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai petrol serta melalui ‘home dealer’ kami. Untuk mencari pengedar terdekat, layari, www.farmfreshmart.com.

Sehingga 2021, Farm Fresh mempunyai seramai 45 stokis berdaftar, 832 ‘home dealer’ dan 1302 agen di setiap negeri dan wilayah di seluruh negara. Cari dan berhubung dengan 'home dealer' melalui platform e-dagang kami, Farm Fresh Mart.

Saksikan Konsert Kongsi Kasih Farm Fresh X Gegar Vaganza pada Sabtu, 20 November, jam 9,00 malam dan siaran ulangannya pada Ahad, 21 November, jam 6.00 petang di Astro Ria (saluran 104).

Saksikan juga Konsert mingguan ‘GV8’ yang akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam bermula 21 November 2021.