Farm Fresh Sekali Lagi Dinobat Pilihan Pengguna Malaysia!
Amri Hassan
20/01/2023 03:42 MYT
20/01/2023 03:42 MYT
Farm Fresh Berhad telah dinobat anugerah platinum di Putra Brand Awards 2022 dalam kategori Minuman-Tenusu, menjadikan ini kemenangan platinum mereka untuk dua tahun berturut-turut!
Farm Fresh telah mengalahkan 6 jenama lain di dalam kategori yang sama, mengekalkan kemenangan platinum sejak menerima anugerah mereka yang pertama pada tahun 2021.
Farm Fresh telah berkembang menjadi jenama susu segar pilihan no. 1 rakyat Malaysia dan juga telah dieksport ke Brunei dan Singapura, dan dijangka akan terus berkembang ke Filipina dan Indonesia di masa hadapan.
Semenjak permulaan mereka pada tahun 2010, Farm Fresh Berhad komited dalam mengeluarkan produk yang berkhasiat dan bernutrisi tinggi, sambal mengekalkan piawaian yang tertinggi dalam kebajikan haiwan, proses pengeluaran produk yang tidak mencemarkan alam sekitar, dan memberi peluang pekerjaan kepada komuniti lokal yang berbakat dan berkemahiran tinggi.
Usaha kelestarian alam Farm Fresh yang berterusan ini telah diiktiraf oleh Stewardship Asia Centre sebagai salah satu initiatif contoh di Asia Tenggara sewaktu Steward Leadership 25 Summit November tahun lalu.
Farm Fresh Berhad telah memperkenalkan 147 jumlah produk dibawah pelbagai jenama termasuk Farm Fresh, Master Barista, Henry Jones, Yarra Farm, Yarra by Farm Fresh dan Nubian Goat’s Milk.
Farm Fresh baru-baru ini telah memperkenalkan susu rumusan sedia diminum, Farm Fresh Grow, susu yang jujur yang dirumus khas untuk anak-anak yang sedang membesar.
Farm Fresh Grow diperbuat dengan susu lembu asli dan diperkaya dengan hanya khasiat yang diperukan untuk tumbesaran anak-anak, tanpa tambahan bahan yang biasa ditemui seperti maltodekstrin, minyak sayuran dan kalsium karbonat.
Pada hari ini, Farm Fresh beroperasi dengan 6 buah ladang tenusu dan 3 buah fasiliti pemprosesan di Malaysia dan Australia dengan jumlah keluasan ladang sebesar 5,416 ekar dengan saiz ternakan berjumlah 10,309 ekor lembu betina dan jantan.
Kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Farm Fresh Berhad, Loi Tuan Ee, jenama itu telah berkembang menjadi syarikat tenusu terbesar di Malaysia kini.
“Farm Fresh telah berkembang sepanjang 13 tahun ini sehingga menjadi syarikat tenusu terbesar di Malaysia pada hari ini, dan sekali lagi telah memenangi hati pengguna Malaysia sebagai tenusu pilihan mereka.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna Malaysia yang terus percaya dan yakin dengan produk kami. Tanpa kepercayan mereka, kami tidak akan mampu capai apa yang kami ada hari ini, dan kami sentiasa berbangga kerana kami adalah syarikat tempatan yang kini menjadi pilihan semua," ujarnya.
Brand Putra Awards anjuran Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) sejak 2010 diiktiraf oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan disokong oleh Persatuan Para Pengiklan Malaysia, Persatuan Pakar Media dan Persatuan Digital Malaysia.
Pemenang Brand Putra Awards diundi oleh pengguna Malaysia. Pada tahun 2022, lebih 25,000 respons telah diterima dalam tempoh lapan minggu akhir September hingga pertengahan November daripada pengguna yang menjawab jemputan untuk menyertai tinjauan yang diterbitkan di 60 laman web.

Mengenai Farm Fresh Berhad
Farm Fresh Berhad ditubuhkan pada tahun 2009 dan memulakan ladang tenusu pertama di Mawai, Kota Tinggi, Johor.
Kini, nilai bahagian pasaran Farm Fresh adalah sebesar 23.2% dalam segmen susu sedia diminum (RTD) setakat Mac 2022.
Farm Fresh beroperasi dengan model “dari ladang-sehingga-terhidang” yang merangkumi aspek bisnes perladangan, perkilangan dan pengedaran pelbagai variasi produk tenusu dan juga produk berasaskan tumbuhan.
Kini Farm Fresh Berhad beroperasi dengan 5 ladang tenusu di Malaysia dan satu ladang tenusu di Australia, dengan keluasan tanah keseluruhan 5,416 ekar, dan keseluruhan saiz ternakan sebesar 10,309 lembu tenusu dan lembu jantan. Farm Fresh juga mempunyai dua loji pemprosesan di Johor dan Pahang, Malaysia, dengan kapasiti untuk memproses sebanyak 137.0 juta liter produk lengkap setahun dan juga satu loji pemprosesan di Kyabram, Australia dengan kapasiti untuk memproses 84.0 juta liter susu setahun.
Farm Fresh Berhad kini menawarkan produk dengan pelbagai variasi portfolio yang terdiri daripada variasi susu segar, susu UHT, susu berperisa, susu berasaskan tumbuhan, produk berasaskan yogurt, dan susu rumusan untuk kanak-kanak membesar.
Syarikat ini mengedarkan produk mereka menerusi pelbagai saluran yang meliputi seluruh negeri di Malaysia, yang membolehkan syarikat untuk menjual kepada pelanggan dari segenap lapisan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Farm Fresh, layari https://www.farmfresh.com.my/