Bekas pasangan suami isteri, Fasha Sandha dan Rizal Ashram atau Jejai hari ini mengejutkan semua pihak apabila kedua-dua mereka memuat naik entri yang sama di laman Instagram (IG) masing-masing.

Bezanya mereka hanya menukar di bahagian nama pada baris pertama ayat.

Menerusi entri tersebut, Fasha dan Rizal mengucapkan rasa syukur kerana telah mencapai jalan penyelesaian demi masa anak-anak mereka.

Menguatkan lagi tanda tanya apabila Fasha dan Jejai memuat naik entri tersebut pada masa yang sama, iaitu sekitar pukul 9.55 minit pagi tadi.


Sementara itu di ruangan komen IG Fasha dan Jejai, rata-rata pengikut meluahkan rasa gembira sekiranya pasangan itu kembali bersama.

Mereka turut mendoakan Fasha dan Jejai dapat menjalani kehidupan sebagai suami isteri semula dan hidup bahagia seperti sebelum ini.

Fasha Sandha dan Jejai sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan di pada Januari 2016.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak Putra Rayfal, 4, dan Putri Raysha Jemyma, 3.

Foto: Instagram Fasha Sandha, Rizal Ashram