Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Fasha Sandha Kecewa Netizen Anggap Covid-19 Hanya Demam Biasa - “Sebab Ramai Masih Fikir Macam Ini, Sebab Itu…”

Asyikin Mayudin
13/04/2024 06:55 MYT
Pelakon Fasha Sandha melahirkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen yang masih menganggap virus Covid-19 hanya demam biasa sahaja.

Kes Covid Masih Tinggi

Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha turut memuat naik paparan skrin komen netizen itu dan berita mengenai jumlah kes Covid-19 pada Disember lalu.

“Sebab ramai juga yang masih fikir macam ini, sebab tu masih sanggup keluar raya kan walau tahu diri tu tak berapa sihat, ni update last year bulan Disember masih ada kematian masih ada kes.

“Anyway, saya manusia biasa. Ini page saya, saya nak happy ke, saya nak mengilai ke, saya nak menangis ke, saya nak peluk ke, suka hati saya. Ini album saya.

“Kalau sisters rasa tak berapa gemar, jangan ikut page saya. Life is simple,” kata Fasha.

Hanya Kongsi Sebagai Kenangan

Dalam pada itu, Fasha turut memberitahu dia hanya berkongsi untuk dijadikan kenangan memandangkan platform laman sosial itu sudah dianggap seperti albumnya.

“Saya manusia biasa, saya ada hati dan saya ada perasaan. Bukan bererti sebab saya ni artis saya nak kena tunjuk yang indah dan manis-manis saja. Itu namanya propa.

“Ini album saya, album kenangan saya, jadi saya kongsi apa yang saya nak kongsi agar dapat berikan peringatan juga untuk followers saya.

“Kepada yang optimistic, semoga jadikan ini sebagai pengajaran, sebaiknya kita jaga keselamatan keluarga kita dulu sebelum hati orang lain. Lepas ni no more... itu pasti 200 percent. No more,” ujarnya.

Bagaimanapun isteri kepada aktor Aidil Aziz itu sudah memadam perkongsian tersebut.

Terdahulu, Fasha memaklumkan dia dijangkiti virus Covid-19 ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman suaminya, Aidil Aziz di Rembau, Negeri Sembilan.

Fasha menerusi Instagram pada Jumaat berkata dia mula melakukan pemeriksaan covid selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak raya pertama.

Pada perkongsian yang sama, Fasha mengakui dia berasa amat sedih apabila rancangannya untuk beraya bersama keluarga di kampungnya di Perlis hancur disebabkan sikap orang lain yang pentingkan diri sendiri.

BERITA TRENDING: Hati Fasha Sandha Hancur Plan Raya Di Perlis Tak Jadi Gara-Gara Dijangkiti Covid - “Kau Tahu Kau Tak Sihat, Tetap Keluar Beraya”

BERITA TRENDING: Beraya Di Rembau & Perlis, Fasha Sandha Ada 45 Pasang Baju Raya

#Fasha Sandha #COVID 19 #Covid demam #Demam biasa #Fasha covid #Virus Covid
;