Fasha Sandha & Nora Danish Berbaik Tanpa Paksaan Sesiapa - “Ia Berlaku Secara Natural”
Izwan Isa
18/02/2024 02:55 MYT
18/02/2024 02:55 MYT
Pernah berada ‘tidak sebulu’ suatu ketika dahulu, Fasha Sandha dan Nora Danish kini lebih matang dalam melalui fasa yang lebih baik sebagai wanita dan juga ibu.
Menurut mereka, masing-masing semakin matang dan disebabkan apa yang berlaku dahulu, baik Fasha mahupun Nora dapat bertemu lelaki yang memahami sebagai teman hidup sehingga ke hari ini.
“Kalau tak jadi benda itu dulu, macam mana nak jadi lebih elok pada hari ini? Pengalaman itu sangat penting untuk mengajar kita dan menjadikan kita lebih baik,” ujar Nora memulakan bicara.
Tiada sebab untuk mereka terus bermasam muka, Fasha berkata, hubungan dia dan Nora pulih dengan sendiri, tanpa sebarang paksaan mahupun nasihat daripada sesiapa.
“Dia natural (berbaik). Tak boleh disuruh-suruh, tak boleh plan. Kita macam fikir, dia dah matang kita dah matang. Masa tu saya macam rasa takut kalau Nora masih marah pada saya. Dia follow saya di IG tapi hampir dua minggu saya fikir nak follow balik ke tak!
“Saya fikir, kenapa aku tak follow balik, tak perlu jadi bitter. Dia baik, hati dia baik. Dia tahu Rayqal adalah abang kepada anak-anak saya. Kita macam follow each other, communicate menerusi DM dulu. Lama-lama kita jadi kawan… walaupun bukan bestfriend tapi kita keluarga,” ujar Fasha.
Ditanya jika hubungan baik antara dia dan Fasha boleh menjadi contoh dan inspirasi kepada artis-artis yang berseteru, Nora berkata: “Saya rasa kita tidak boleh hakimi orang. Kita semua manusia biasa. Dulu kita mentah, budak, terlalu fikir benda-benda negatif. Kita kena reda dengan apa yang terjadi.
“Alhamdulillah walaupun ambil masa, namun, ini adalah yang terbaik. Kita kena reda dengan dugaan. Apa yang Allah bagi tu ada hikmah dan kita berbaik sekarang semua dah ditentukan. Apa yang terjadi pada artis lain kita tidak boleh judge,” tutup Nora.BERITA TRENDING: Lagi 4 Bulan Nak Raya, Fasha Sandha Dah Siap Baju Untuk Keluarga! - "Saya Risau Terlepas ..."
Menurut mereka, masing-masing semakin matang dan disebabkan apa yang berlaku dahulu, baik Fasha mahupun Nora dapat bertemu lelaki yang memahami sebagai teman hidup sehingga ke hari ini.
“Kalau tak jadi benda itu dulu, macam mana nak jadi lebih elok pada hari ini? Pengalaman itu sangat penting untuk mengajar kita dan menjadikan kita lebih baik,” ujar Nora memulakan bicara.
Tiada sebab untuk mereka terus bermasam muka, Fasha berkata, hubungan dia dan Nora pulih dengan sendiri, tanpa sebarang paksaan mahupun nasihat daripada sesiapa.
“Dia natural (berbaik). Tak boleh disuruh-suruh, tak boleh plan. Kita macam fikir, dia dah matang kita dah matang. Masa tu saya macam rasa takut kalau Nora masih marah pada saya. Dia follow saya di IG tapi hampir dua minggu saya fikir nak follow balik ke tak!
“Saya fikir, kenapa aku tak follow balik, tak perlu jadi bitter. Dia baik, hati dia baik. Dia tahu Rayqal adalah abang kepada anak-anak saya. Kita macam follow each other, communicate menerusi DM dulu. Lama-lama kita jadi kawan… walaupun bukan bestfriend tapi kita keluarga,” ujar Fasha.
Ditanya jika hubungan baik antara dia dan Fasha boleh menjadi contoh dan inspirasi kepada artis-artis yang berseteru, Nora berkata: “Saya rasa kita tidak boleh hakimi orang. Kita semua manusia biasa. Dulu kita mentah, budak, terlalu fikir benda-benda negatif. Kita kena reda dengan apa yang terjadi.
“Alhamdulillah walaupun ambil masa, namun, ini adalah yang terbaik. Kita kena reda dengan dugaan. Apa yang Allah bagi tu ada hikmah dan kita berbaik sekarang semua dah ditentukan. Apa yang terjadi pada artis lain kita tidak boleh judge,” tutup Nora.