Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Fasha Sandha Peluk Adik Ipar, Elisya Tampil Respons - “Dia Dah Anggap Macam Adik Sendiri”

Khairil Khusyairi 28/04/2025 | 06:50 MYT
Pelakon Elisya Sandha tampil membuka mulut mengenai isu yang membabitkan kakaknya, Fasha Sandha, yang memeluk suaminya, Uzair Haqimy, dalam satu majlis ‘gender reveal’ baru-baru ini.

Bercakap kepada Gempak, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 26, berkata dia tidak mengambil pusing mengenai perkara tersebut sebaliknya mengangap ia ada urusan keluarga merek.

“Bagi saya apa yang penting adalah antara saya, kakak, suami dan keluarga saya.

“Kalau kami rasa okay, itu adalah paling penting. Apa orang lain nak cakap dekat luar, saya tak ambil peduli sangat,” katanya.

Elisya berkata bahawa kakaknya, yang masih mempunyai banyak kekurangan, kini dalam usaha memperbaiki diri menjadi lebih baik.

“Macam kakak saya cakap, dia pun banyak kekurangan dan masih belajar menjadi kakak ipar terbaik untuk suami saya.

“Tapi tulah, kakak saya kenal suami saya dari saya sekolah, jadi dia dah anggap suami saya tu macam adik dia sendiri.

“Tambahan pula, dalam keluarga saya cuma ada seorang sahaja lelaki iaitu abang kami, yang lain semua perempuan. Jadi bila adik ipar lelaki ni, dia seronok,” jelasnya lagi.

Terdahulu, tular sebuah video di TikTok memaparkan Elisya Sandha dan suaminya membuat gender reveal untuk anak kedua.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah reaksi Fasha yang kelihatan sangat gembira lalu memeluk adik iparnya itu, sehingga tindakannya menjadi bahan bualan di media sosial.

#Peluk #Adik #“Adik #“Elisya #“Fasha #Ipar” #Sandha”