HIBURAN

Fasha Sandha Puasa & Tarawih Sehari Awal – “Kami Puasa Sehari Awal Kerana…”

Umirah Halim 01/03/2025 | 11:55 MYT
Pelakon Fasha Sandha memulakan ibadah puasa dan tarawih sehari lebih awal berbanding umat Islam di Malaysia kerana kini dia dan keluarga sedang berada di Indonesia.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, dapat dilihat Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 40, memuat naik foto mengenakan telekung berona merah bersama keluarga itu selepas menunaikan solat tarawih di Masjid Ar-Rahmat Kuta, Bali.

“Selesai terawih pertama kami. Kami berpuasa sehari lebih awal dari Malaysia kerana berada di Indonesia.

“Maaf zahir dan batin buat semua. Salam Ramadan,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya netizen kagum dan memuji penampilan Fasha, selain mendoakan agar dirinya terus istiqamah.

“Salam Ramadhan buat Fasha dan sekeluarga.

“Cantiknya Fasha selepas berhijab, semoga istiqamah,” komen beberapa netizen.

Sebelum ini, Fasha tampil jelita memakai hijab berwarna hitam sedondon dengan busananya sewaktu hadir ke acara Anugerah Nona Superwoman 2024.

Bagaimanapun, Fasha tidak berani untuk mengatakan ya atau tidak tentang imej yang sedang digayakannya kini.

#Puasa #Awal #Sandha #Fasha