Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

Fasha Sandha ‘Remang Bulu’ Baca Kes Kamal Adli Dipukul - “Cedera Sebelah Mata Pun Sakit, Kamal Ini Satu Kepala”

Asyikin Mayudin
14/03/2023 06:45 MYT
Pelakon Fasha Sandha turut berasa simpati dengan keadaan pelakon Kamal Adli yang mengalami cedera parah di bahagian kepala akibat diserang individu tidak dikenali di Singapura pada Ahad.

Fasha berharap pihak tertentu memperkuatkan kawalan keselamatan di tapak perniagaan memandangkan suaminya, Aidil Aziz juga gemar menyertai acara berniaga seperti Kamal dan Uqasha Senrose.

“Trauma… memang trauma. Semalam bila baca kes sahabat kami, Usha dan Kamal, meremang bulu roma. Permudahkanlah… semoga Allah lindungi kita semua yang sedang mencari rezeki.

“Suami saya pun selalu ada di booth, pun sama, suka berniaga macam Kamal dan Usha. Semoga sekuriti ketatkan kawalan keselamatan masa orang ramai nak masuk kawasan berniaga,” katanya.

Fasha yang berkongsi perkara itu di Instastory miliknya juga berasa hairan bagaimana individu tersebut berjaya menyembunyikan cota di acara tersebut.

Fasha turut memberitahu dia tidak dapat membayangkan kesakitan dialami Kamal biarpun dirinya pernah lalui sakit yang teruk apabila matanya tercedera ketika jalani penggambaran baru-baru ini.

“Mana orang tu sembunyi cota tu? Allahuakbar, cedera sebelah mata pun sakit, Kamal ni satu kepala. Semoga dipermudahkan urusan kalian, Usha dan Kamal,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Uqasha memaklumkan mengenai suaminya, pelakon Kamal Adli mengalami kecederaan parah selepas diserang oleh individu tidak dikenali, di acara di Singapura pada malam Ahad.

Uqasha turut berkongsi satu tangkap layar mesej yang pernah diterima daripada lelaki berkenaan sebelum ini mengugut untuk membunuh Kamal.

#Kamal #Uqasha #Fasha #Kamal dipukul #Kamal cota #Fasha Kamal
;