Aktres jelita Fasha Sandha meraikan ulang tahun kelahiran ke-34 suaminya pelakon Aidil Aziz dengan serba sederhana di kediaman mereka.

Menurut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, sudah empat tahun dia melayari rumah tangga bersama suami tercinta dan mengharapkan hubungan mereka sentiasa dipenuhi rasa cinta.

Birthday eve PKP style again. Happy birthday! Pejam celik dah 4 tahun bersama sayang! How time flies. Im looking forward to making more silly, sweet and lovely memories with you sayang.

You’re a caring father, a trusted bff and most important of all, a wonderful husband. Terima kasih sebab selalu mengajar kami menjadi insan yang lebih baik, we love you, happy birthday,” tulis Fasha di ruangan kapsyen.

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)


Menerusi perkongsian video berdurasi 29 saat itu lagi, mereka sekeluarga meraikan hari jadi Aidil dengan lauk-pauk enak air tangan Fasha serta sebiji kek.

Namun, selain daripada kesederhanaan yang dipuji, ada juga segelintir wargamaya yang kurang selesa melihat aksi cium mulut Fasha dan Aidil yang dipaparkan di dalam video tersebut meskipun mereka bergelar suami isteri.

Adore sangat dengan Fasha yang serba sederhana dan sangat lovely with Aidil,” komen seorang wargamaya.

Selamba je post cium mulut, macam takde apa je. Nauzubillah, adab mana adab?” tanya seorang wargamaya.

“Suka tengok Fasha, bersederhana. Boleh jadi ikutan anak muda,” puji seorang wargamaya.

Sweetnya, bersemut phone kita. Moga kekal till jannah, amin,” doa seorang wargamaya.

First time aku tengok artis Malaysia expose diorang kiss mulut suami isteri selalu yang lain cium pipi dahi je. Quite shock coz out of our norm tapi dah halal, so cium je la,” luah seorang wargamaya.

Senah helwah to you. Tapi alangkah indahnya kalau kebahagiaan tu ditunjukkan dalam keadaan lebih sopan. Jangan terlalu ikutkan budaya barat,” pesan seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut menerima hampir 350,000 tontonan daripada wargamaya.

Sekadar info, Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 30 Mac 2019 dan mereka dikurniakan cahaya mata Aisha Amaira, satu tahun.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 2016.

Hasil perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma.