Fasha Sandha Ucap Tahniah Kepada Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana, Tapi Netizen Lebih Tertarik Dengan Perut Empunya Badan...

Badrul Hashim
September 2, 2019 09:11 MYT
Sekeping foto aktres Fasha Sandha mengucapkan tahniah kepada pasangan pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana yang baru mendirikan rumah tangga menarik perhatian peminat.
Fasha memuat naik foto dirinya dipeluk oleh dua orang anaknya, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima bersama ucapan tahniah untuk Adhwa dan Ardell di ruangan kapsyen.
"Hari yang indah. Buat team @alwadelhijab. Tahniah, mulut kakak masin. Daripada friendzone akhirnya tetap berjodohan.
"Maaf kakak kerja, tak dapat hadirkan diri. Terima kasih diatas jemputan. Kakak doakan berkekalan, hingga ke akhir hayat," tulis Fasha.
Apa yang menarik perhatian peminat ialah bahagian perut Fasha yang dipeluk oleh kedua-dua anaknya kelihatan seperti mempunyai baby bump.
Sebelum ini, pada Ogos lalu, Gempak pernah melaporkan mengenai baby bump yang turut kelihatan di perut wanita jelita itu.
BACA: “Pregnant Ke? Nampak Baby Bump”- Foto Fasha Sandha Kelihatan Seperti Hamil Jadi Perhatian
Biarpun Fasha tidak mengumumkan mengenai berita gembira itu, ruangan komen entri berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah peminat Fasha, termasuklah dari dua pelakon cantik iaitu Ummi Nazeera dan Datin Elvina Mohamad.
BACA: "Ibu Mintak Maaf..." - Sedihnya Fasha Sandha Keguguran Di Bulan Syawal
Sebelum ini, Fasha yang berkahwin dengan pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac lalu mengumumkan dia hamil selepas dua bulan perkahwinan mereka. Namun begitu, Fasha mengalami keguguran pada Syawal yang lalu.
#Fasha Sandha