Perkongsian beberapa keping foto pelakon Fasha Sandha menggayakan pakaian kostum watak aktres Hollywood Angelina Jolie iaitu Maleficent menarik perhatian netizen di laman sosial.

Selain Fasha, tiga orang anaknya iaitu Putra Rayfal, Putri Raysa Jemaima dan Aisha Amaira turut mengenakan pakaian kostum serba hitam.

Menerusi perkongsian tersebut, Fasha turut menegaskan pemakaian tersebut hanya sekadar suka-suka ketika menghadiri acara atau parti yang dipercayai diadakan di kawasan kejiranan rumahnya.

“Keluarga saya. Hari Kostum dan karakter di ‘kejirananku bukan kejirananmu’. Bak kata kak Farah jiran kita, just for fun (hanya suka-suka),” tulisnya di kapsyen.

Melihat komen di ruang perkongsian tersebut, rata-rata netizen kurang setuju dengan pemakaian tersebut yang dilihat seperti terikut-ikut budaya luar.

Namun ada juga netizen yang yakin Fasha bukanlah menyambut Holloween malah rakan-rakan artis seperti Mawar Rashid dan penyanyi Indonesia Rossa turut meninggalkan komen emoji love.

“Kelakar all the comments. Tak tahu nak bezakan halloween dgn bukan. Dalam kapsyen tak ada pun cakap sambut Halloween, well tak perlu explain sebab mostly yang bercakap ni memang akan sentiasa cari salah orang. Kalau buat baik kang kata menunjuk pula,” komen netizen.

Tidak melatah dengan komen-komen kecam daripada netizen, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini bagaimanapun memilih untuk berdiam dari memberi sebarang penjelasan.

“Sorry, no comment,” kata Fasha secara ringkas ketika dihubungi Gempak.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!