Penyanyi vokal utama BLACKPINK, Jisoo membuat kejutan di konsert sulung kumpulan K-pop terkemuka tersebut yang berlangsung pada Sabtu.

Jisoo mengambil hati Blinks (nama fandom BLACKPINK) Malaysia dengan mengucapkan kata-kata manis dalam Bahasa Malaysia.

Ketika memperkenalkan dirinya dalam sesi ‘ment’ (masa yang diperuntukkan untuk membolehkan penyanyi memperkenalkan diri, bercakap dengan peminat dan menutup konsert), Jennie, Rosé dan Lisa bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Namun, Jisoo mengambil pendekatan lain iaitu bertutur dalam Bahasa Malaysia dan berkata ‘kami rindu padamu’ kepada Blinks yang tentunya mendapat sorakan gemuruh.

Ucapan manis seperti ‘kamu bagus’ dan ‘Blinks, aku cinta padamu’ yang diluahkan menunjukkan beliau sanggup belajar bahasa yang baharu supaya lebih rapat dengan peminat tempatan.

Sumber: Astro Awani