Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Fathia Dakwa Suami Heliza Helmi Merupakan Seorang Scammer? - “Pergi Berjihad Tapi Scam Orang”

Izwan Isa
15/01/2024 05:25 MYT
Lepas satu drama, muncul drama baharu pula. Terkini, pelakon kontroversi Fathia Latiff mendakwa suami kepada Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman merupakan seorang ‘penipu’.

Fathia menerusi sesi siaraan langsung di Instagram berkata, rumah yang dibeli daripada Mahadi masih belum siap selain mendakwa terpaksa membayar ansuran RM2,000 setiap bulan selama dua tahun.

“Janggut panjang, isteri tudung panjang, pergi berjihad tapi scam orang. Ye Heliza Helmi punya laki… Scammer doh.

“Tak payah polis report lambat. Kita semua tahu lah benda ni. So kalau kau tak siap rumah tu, aku tak nak balik,” katanya.

Dalam pada itu, memetik laporan mStar, Mahadi menafikan dakwaan Fathia dan mengakui tidak pernah mengenali dramatis itu, apatah lagi berurusan dengannya.

Sebelum ini, Fathia beberapa kali menggunakan platform media sosial untuk bercerita perihal rakan-rakan artis termasuk Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza dan Zarina Anjoulie.

#Heliza Helmi #Fathia Latiff
;