HIBURAN

Fatima Mahu Cuba Puasa ‘Half Day’, Fazura Akan Bergilir Dengan Pembantu Bila Waktu Sahur - “Pergi Toilet Sekejap Pun Dia Akan Cari”

Asyikin Mayudin 01/03/2025 | 00:55 MYT
Pelakon Fazura memberitahu dia akan bergilir-gilir dengan pembantunya untuk menjaga anak perempuannya, Nur Fatima apabila tiba untuk waktu bersahur sepanjang Ramadan.

Puasa 'half day'

Ia disebabkan anak perempuan kesayangannya itu susah untuk berenggang dengan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Bersama, Netizen Puji Persahabatan Fasha Sandha Dengan Fazura - “Alhamdulillah Masih Ada Geng Artis Yang…”

ARTIKEL BERKAITAN: Disoal Tentang Cita-Cita, Anak Fazura-Fattah Mahu Jadi Usahawan - "Saya Nak Jual Perfume"

ARTIKEL BERKAITAN: “I Don’t Want Daddy, I Don’t Love Daddy Anymore” - Netizen Syak Fatima Merajuk Dengan Fattah Amin

“Fatima ini kalau saya tinggal katil tu, mesti dia terus cari. Pergi toilet sekejap pun dia akan cari. Jadi, tahun ini saya akan bergilir dengan pembantu la. Mungkin saya akan turun dulu untuk sahur, kemudian baru pembantu.

“Fatima ada beritahu dia nak cuba puasa setengah hari. Tapi saya tak yakin la sebab Fatima ini seorang yang kuat makan. Mengunyah setiap masa… sama seperti saya.

“Tapi nanti dia cuba la (berpuasa), mudah-mudahan,” kongsi Fazura kepada Gempak.

Fazura berkongsi perkara itu ketika ditemui di G2000 X Fazura Special Edition Scarf Collection yang diadakan di G2000 The Exchange TRX Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pertemuan bersama peminat

Berkongsi mengenai aktiviti sepanjang bulan puasa, Fazura memberitahu dia sudah mempunyai peranganan dari sesi pertemuan bersama peminat.

“Saya sangat sibuk dan jadual agak padat untuk Ramadan kali ini. Insya-Allah mudah-mudahan kita akan lakukan Ramadan road tour seperti sebelum ini juga.

“Akan ada pertemuan dengan peminat-peminat saya… sebab saya memang suka jumpa ramai orang, suka jumpa peminat, Insya-Allah kita akan bertemu dengan peminat setia Fazura,” ujarnya.

#Fazura #Ramadan #Fatima #Anak Fazura #Aktiviti Ramadan