Viral

Fatimah ‘The Family UK’ Alami Pendarahan Tanpa Henti Selepas Pembedahan, Keluarga Mohon Teruskan Doakan Puteri Kesayangan

Asyikin Mayudin
24/05/2024
03:50 MYT
Personaliti media sosial cilik yang dikenali sebagai Fatimah dilaporkan mengalami pendarahan tanpa henti selepas melakukan prosedur pembedahan biopsi pada minggu lalu.

Lemah Sejak Dua Hari Lalu

Menerusi perkongsian di Instagram Thefamily.uk, pendarahan itu berterusan sehingga hari ke lapan dan keadaan kanak-kanak itu juga dikatakan semakin lemah sejak dua hari lalu.
“Bismillahirrahmanirrahim… pada hari Jumaat yang mulia ini, kami sekeluarga dengan penuh rendah diri dan pengharapan, ingin memohon jasa baik anda semua agar sudi mendoakan Shifa’ dan Aafiyah kepada anak kesayangan kami, Fatimah binti Omar Mukhlis yang kini masih lagi berada di hospital.

“Fatimah mengalami pendarahan selepas prosedur pembedahan biopsi pada minggu lepas. Hari ini sudah masuk hari ke lapan Fatimah mengalami pendarahan dan masih lagi belum berhenti.

“Keadaan Fatimah semakin lemah semenjak dua hari lepas,” kongsinya.

Doa Untuk Fatimah

Pada perkongsian yang sama, keluarga Fatimah memohon agar semua orang mendoakan agar pendarahan tersebut berhenti dengan segera dan Allah kurniakan keajaiban untuknya.
“Pohon jasa baik anda semua untuk membuat doa khusus agar pendarahan berhenti dengan segera. Semoga berkat doa ramai, Allah kurniakan keajaiban buat Fatimah.
“Terima kasih pada semua yang tak putus-putus bertanya khabar, mendoakan dan juga menitipkan kata-kata semangat buat Fatimah dan kami sekeluarga.

BERITA TRENDING: Neera Azizi Kini Bertudung, Dapat Hidayah Dalam Mimpi - “Tiga Malam Berturut Saya…”

“Semoga segala jasabaik anda semua dikurniakan ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah SWT,” katanya lagi.
Fatimah atau nama sebenarnya Fatimah Omar Kukhlis kini ditempatkan di sebuah hospital di Birmingham sejak Mac lalu.
Kanak-kanak berusia 10 tahun itu meraih populariti disebabkan bertutur dalam dialek Kelantan biarpun dibesarkan di United Kingdom.
Telatah Fatimah bersama adik-beradiknya iaitu Omar Mukhtar dan Ali turut dikongsi menerusi Instagram The Family UK yang memiliki lebih 764,000 pengikut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#PrayForFatimah: Ibu Fatimah The Family UK Kongsi Fenomena Pelik Sejam Sebelum Prosedur Biopsi - "Mungkin Semuanya Hanyalah Kebetulan..."

gempak
30/05/2024
11:25 MYT
Satu fenomena pelik berlaku satu jam sebelum personaliti media sosial cilik, Fatimah ‘The Family UK’ ditidurkan untuk prosedur biopsi.
Viral

Pendarahan Fatimah ‘The Family UK’ Berhenti Secara Tiba-Tiba, Keluarga Luah Rasa Syukur

gempak
25/05/2024
11:25 MYT
Dengan keajaiban Allah, keadaan personaliti media sosial cilik, Fatimah ‘The Family UK’ difahamkan semakin beransur pulih.
Laman Utama

Fatimah Omar Mukhlis The Family UK Dimasukkan Ke Hospital Kerana Jangkitan Kuman Di Paru-Paru

gempak
16/11/2021
12:10 MYT
Semoga Fatimah cepat sembuh.
Laman Utama

Warganet Setuju Dengan Iba Bapa Fatimah – “Tak Kelakar ‘Bahan’ Nama Orang Lain…”

gempak
03/09/2020
01:52 MYT
Selepas ibu dan bapa kepada instafamous cilik, Fatimah Omar Muhklis memuat naik posting mengenai nama anaknya dipersenda, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan tersebut.