Kanak-kanak cilik The Family UK yang pernah tular kerana kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan, Fatimah Omar Mukhlis dimasukkan ke hospital selepas mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

Menerusi laman sosial Instagram @thefamily.uk, mereka berkongsi foto terkini Fatimah dan meminta agar orang ramai mendoakan kesihatan si comel itu.

“Tolong doakan Fatimah. Dia sangat tidak sihat, sakit dada dan sukar untuk bernafas.

“Kini berada di bahagian kecemasan menunggu ambulans untuk memindahkannya ke hospital lain,” tulis akaun tersebut.

Menurut laman sosial itu lagi, paras oksigen kanak-kanak itu juga dilaporkan menurun ketika di dalam ambulans.

A post shared by The Family UK ?? (@thefamily.uk)


Difahamkan Fatimah telah pun dipindahkan ke hospital kanak-kanak dan punca penyakit dialaminya sudah dikenal pasti.

“Fatimah mengalami jangkitan kuman (chest infection). Fatimah dalam keadaan stabil tetapi masih di bawah pemerhatian. Nebuliser off, ujian swab COVID-19 negatif,” katanya lagi.

Sementara itu di ruangan komen, ramai netizen dan rakan selebriti mendoakan agar Fatimah diberikan kesembuhan dengan segera.

“Be strong Fatimah deerie. Syafakillah,” komen pelakon Catriona Ross.

“Semoga Allah beri kesembuhan pada Fatimah. To the family, banyak-banyak sabar ya,” kata seorang wargamaya.

“Get well soon Fatimah, stay strong girl,” ujar seorang wargamaya.

“Praying for Fatimah, semoga dipermudahkan segala urusan Fatimah sekeluarga," doa seorang wargamaya lagi.

Fatimah mula menjadi sorotan ramai apabila Instagram yang sering menampilkan keletah kanak-kanak perempuan itu dan adik-beradiknya diikuti hampir 600,000 orang seawal usianya empat tahun.

Walaupun dilahirkan di Birmingham, England, Fatimah tidak melupakan bahasa Melayu walaupun membesar di perantauan.

Dia juga fasih loghat Kelantan hasil didikan ibu bapanya yang tidak mahu anak mereka melupakan bahasa ibunda.

Selain bahasa Melayu, Fatimah juga fasih berbahasa Inggeris dan Siam.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!