Fatin Afeefa Dapat Nafkah Bulanan Cecah 5 Angka? Suami Jawab; “Perkahwinan Adalah Perniagaan”
Selepas mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu, nama pelakon Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang sering menjadi perhatian netizen.
Malah, hampir setiap hari ada sahaja topik mengenai pasangan tersebut yang menjadi bualan pengguna laman sosial.
Terbaharu, aktres berusia 30 tahun itu sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik tangkap layar notifikasi transaksi bank yang diterima daripada suaminya di Instagram Stories.
“Maintenance eh?” soal Fatin ringkas sambil meletakkan (mention) nama instagram suaminya.
Biarpun jumlah transaksi telah diconteng, namun jika diperhatikan dengan jelas, ibu kepada dua cahaya mata itu seakan menerima nilai mencecah lima angka.
Sementara itu, Aliff yang dilihat berkongsi semula hantaran tersebut di entri sama seakan mengiyakan kenyataan Fatin selain menyifatkan perkahwinan sebagai satu bentuk perniagaan.
“Marriage is business (perkahwinan adalah perniagaan),” kata Aliff.
Terdahulu, Aliff dikecam netizen gara-gara kenyataan yang dikeluarkannya mengenai topik lelaki dominan (Alpha).
BACA: Mengaku Kononya Lelaki Paling ‘Alpha’, Suami Baharu Fatin Afeefa Dikecam Netizen
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.