Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Fatin Afeefa Fail Saman Fitnah?

Syafiqah Jalal 03/07/2020 | 07:06 MYT
Pelakon Fatin Afeefa akui sudah melantik peguam untuk memfailkan saman kepada sepupunya yang juga pemilik akaun twitter MyBaby@SharizRosee atas tuduhan makan harta anak yatim.
Namun, Fatin tidak mahu memberi penjelasan lanjut mengenai saman tersebut, dan menyerahkannya kepada wakil peguam Siti Rohayu Ahmad untuk urusan seterusnya.
“Saya sudah melantik peguam untuk urusan perbicaraan fitnah ini. Insya-Allah semua akan baik-baik sahaja.
“Apa-apa sila rujuk peguam saya kerana saya tidak akan memberi sebarang kenyataan,” katanya kepada Astro Gempak.
Pada 30 Jun lalu, pemilik akaun twitter MyBaby@SharizRosee telah menuduh Fatin dan keluarganya hidup mewah hasil dari harta peninggalan arwah ibunya.
Astro Gempak kemudian mendapatkan Siti Rohayu untuk memberi penjelasan mengenai kes tersebut.
Siti Rohayu memberitahu pihak guaman telah menghantar notis kepada sepupu Fatin itu dan sedang menunggu maklum balas darinya.
“Kami telah menghantar dua notis kepadanya iaitu notis tuntutan berkaitan tuduhan ke atas Fatin berkenan kereta mewah dan hasil yang tidak halal serta notis tuntutan berkaitan tuduhan dan fitnah memakan harta anak yatim.
“Sekiranya dia gagal memberi maklum balas kami akan memfailkan tuntuan di mahkamah.
“Itu sahaja kenyataan yang dapat saya kongsikan setakat ini,” jelasnya.
Notis tersebut diserahkan kepada pemilik akaun twitter MyBaby@SharizRosee minggu lalu.
#saman #Fatin Afeefa #Fitnah #Peguam
;