Hiburan
Fatin Afeefa Terkejut Anak Beritahu Bekas Suami Sebilik Dengannya & Wanita - "Ivy Tidur Dengan Daddy, Auntie Candy, Abang Danial"
Pelakon jelita Fatin Afeefa mengejutkan pengikut di Instagramnya apabila memuat naik video perbualan antara dirinya bersama anak di IG Stories malam tadi.
Dalam video pendek tersebut, anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 5 tahun, memberitahu bahawa dia tidur sebilik bersama ayahnya, seorang wanita dan satu lagi nama yang turut disebut.
"Ivy tidur dengan daddy, dengan Auntie Candy, dengan abang Danial," kedengaran anaknya memberitahu Fatin di dalam video tersebut.
"In the same room is it?" tanya Fatin.
"Ya", jawap anaknya sambil menganggukkan kepala.
"Okay, thank you sayang," ucap Fatin kembali.
Pada video yang sama, Fatin turut menulis beberapa ayat yang menunjukkan dia begitu marah dengan apa yang didengarnya itu.
"Do not get close to my daughter ever again!!!!
"I've been potrayed as bad this whole time but never have I ever involved my kids whenever I'm in a relationship. Let alone to bring my daughter to sleep in the same room with someone I'm not married with. This is fucked up. Leave my daughter alone," tulis Fatin.
Turut dikongsikan oleh Fatin adalah satu tangkapan skrin aplikasi WhatsApp bersama bekas suaminya.
Selain itu terdapat beberapa lagi tulisan yang turut dimuat naik Fatin di IG Stories yang turut mendakwa mempunyai video penuh berdurasi 3 minit perbualan bersama anak perempuannya itu, termasuklah nafkah yang tidak pernah diterimanya sejak 4 tahun lalu daripada bekas suami.
Selepas beberapa ketika Fatin kemudiannya memadamkan semua yang dimuat naiknya ke IG Stories sebelum ini dan berkongsi satu IG Story memohon maaf.
Fatin Afeefa berkahwin dengan Adam Shahz yang juga seorang pelakon pada tahun 2013 namun bercerai pada tahun 2017. Melalui perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Adam Aish Arrian dan Ivy Herra Sophia.