Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Fatiya Latiff Mengaku ‘Buat Muka’, Anggap Perkara Normal Masa Kini - “Saya Rasa Kalau Nak Mencantikkan Wajah Kita, Why Not”

Asyikin Mayudin
21/08/2024 02:55 MYT
Pelakon Fatiya Latiff mengakui dia ada membuat prosedur kecantikan pada bahagian wajahnya disebabkan dirinya semakin berusia dan menganggap ia satu perkara yang normal dilakukan di waktu kini.

Dengar nasihat ibu

Menurut Fatiya, dia tidak kisah dengan pendapat orang lain mengenai perubahan tersebut namun hanya akan mendengar nasihat daripada ibunya sahaja.

“Saya buat bibir, mata, botox, hidung… semualah. Memang saya ada buat filler, saya ada buat botox semua, tapi saya rasa macam sekarang ini normal sebab saya dah berusia.

“Dulu masa saya muda, muka tegang lagi, saya rasa benda itu dah normal sekarang ini, orang buat filler, botox, dripping semua. Jadi, saya tak kisah pun orang cakap.

ARTIKEL BERKAITAN: Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia - "Saya Minta Maaf Kerana Bebankan Mak"

ARTIKEL BERKAITAN: Akui Kembali Free Hair, Fatiya Latiff; "Saya Dah Jumpa Diri Saya"

ARTIKEL BERKAITAN: "Kafir Itu Itu Tuduhan Kasar, Saya Masih Amalkan Agama Islam" - Fatiya Latiff

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Padam Posting Tu Sebab Tak Nak Ada Gambar Kurang Cantik Di Instagram” – Fatiya Latiff

“Tapi apa yang saya kisah, apa yang mak saya cakap. Bila mak saya nasihat, saya akan dengar. Mak saya ada nasihat cakap sudah-sudah la nak buat itu dan tak payah buat ini.

“Tapi saya memang manja dengan mak… jadi saya cakap ‘boleh la umi, boleh la’. Mak saya pun macam suka hati kau la,” kata Fatiya menerusi video temu bual di akaun TikTok MingguWanita.

Rasa cengkung

Berasakan wajanya kelihatan cengkung ketika di usia muda, Fatiya turut beranggapan melakukan perubahan pada wajah tidak salah memandangkan ia untuk kecantikan dan keyakinan.

“Saya rasa macam kita kena ikut peredaran zaman. Macam dulu orang malu tau. Tapi sekarang macam semua orang buat. Saya rasa kalau kita nak mencantikkan wajah kita, why not.

“Kalau kita rasa insecure ke pergi cantikkan wajah kita, saya rasa tak ada masalah pun. Yang penting, lepas kita buat itu kita rasa yakin, rasa gembira nak keluar, tak perlu make up sangat.

“Sebab saya rasa muka saya dulu cengkung. Saya tak faham kenapa orang macam cakap saya dulu cantik. Padahal saya rasa macam sejujurnya nampak cengkung dan tak cantik.

“Sekarang ini, mungkin sebab saya kurus… untuk dapatkan job saya balik, saya kena kurus,” katanya.

Masalah kemurungan

Dalam pada itu, Fatiya juga memberitahu dia masih dalam proses rawatan dengan pakar berikutan masalah kemurungannya yang serius sejak dua tahun lalu.

“Saya ada masalah kemurungan yang serius, saya ada jumpa dengan doktor dan sekarang semakin baik. Dua minggu sekali saya akan jumpa doktor. Sekarang ini saya rasa lebih baik.

“Saya jumpa doktor sejak dua tahun. Sekarang saya lebih tenang dan relax, saya boleh bekerja. Saya pun macam nak mula kuruskan diri saya balik. Nak kembalikan keyakinan semula,” ujarnya.

undefined
#Fatiya Latiff #Botox #Filler #Cantikkan wajah #Fatiya botox #Fatiya kemurungan #Masalah kemurungan