HIBURAN

Fattah Amin Ada Sebab Tak Dapat Hadir Ke Majlis Persembahan Anak - “I’m So Sorry, Baby…”

Asyikin Mayudin 07/07/2025 | 20:55 MYT
Pelbagai andaian yang dibuat netizen susulan pelakon Fattah Amin tidak menghadirkan diri ke majlis persembahan tarian tradisi anaknya, Nur Fatima Aisya baru-baru ini.

Mohon maaf

Fattah menerusi Instastory bagaimanapun memohon maaf kepada Fatima selain berharap dia dapat melihat persembahan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin Buat Kejutan Di Konsert Jiwa Kacau 2025, Umum Sudah ‘Engaged’ Dengan…

ARTIKEL BERKAITAN: “Boleh Je WhatsApp” – Fattah Amin Dah Ada Tarikh Nak Bawa Fatima Ke Disneyland

Kini berada di New Zealand untuk menjalani penggambaran sebuah drama, pelakon berusia 35 tahun ini turut meluahkan rasa bangga dengan puteri kesayangannya itu.

“Saya harap saya ada bersama awak, baby. Saya minta maaf, daddy terpaksa kerja. Tapi ingatlah selalu, daddy bangga dengan awak dan akan selalu bangga. I love you, Fatima,” kongsinya.

Sebelum ini, perkongsian bekas isteri kepada Fattah iaitu aktres Nur Fazura menarik perhatian netizen apabila tiada kelibat aktor itu di acara sekolah anak mereka.

Rata-rata netizen di laman sosial mula mempersoalkan tindakan Fattah tidak hadir memberi sokongan kepada anak perempuannya dan lebih memilih untuk bekerja di luar negara.

Untuk rekod, Fattah mendirikan rumah tangga dengan Fazura pada 27 November 2017 namun mereka bercerai pasa 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.

#Fattah Amin #Fazura #Nur Fatima Aisya