HIBURAN

Fattah Amin, Amira Othman Berebut Nak Bayar, Netizen Pula Yang ‘Blushing’ Tengok - “Pemurah Orangnya…”

Umirah Halim 22/05/2025 | 12:55 MYT
Tindakan pelakon, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman yang berebut untuk membayar ketika berada di kaunter sebuah premis telah mencuri perhatian netizen.
Menerusi sebuah video tular dipercayai dirakam ketika mereka berada di Desaru Fruit Farm, kelihatan Fattah dan Amira masing-masing mencuba untuk ‘tap’ telefon pintar mereka bagi melakukan bayaran dan berlumba untuk menjadi orang pertama membuat bayaran.
Bagaimanapun, pada akhirnya Fattah Amin yang berjaya membuat bayaran terlebih dahulu.
Kemudian, pelantun lagu Hati-Hati itu sempat mendoakan agar Fattah terus dimurahkan rezeki dan berjaya dalam kerjaya.
undefined “Semoga Fattah Amin dilimpahkan rezeki, makin kaya,” ujar Amira.
Ujaran itu bukan sahaja mengundang ketawa, malah membuatkan ramai netizen ‘blushing’ dengan sikap bersahaja dan doa manis yang dilontarkan Amira buat Fattah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja selepat melihat gelagat mesra Fattah dan Amira, malah ada yang mendoakan yang terbaik buat mereka.
"Yang berebut mereka, yang bercinta pun mereka, tapi kenapa saya yang blushingggg?!!!
“Kak Long dan Abang Long memang pemurah orangnya. Tengok Kak Long doa untuk Fattah semoga kaya. Ya Allah, rahmatilah hubungan dua orang ini sampai ke akad nikah.
“Saya ni boleh dikatakan susah nak senyum depan orang, tapi bila tengok video dua orang ni, saya hairan kenapa saya tersenyum sendiri..”komen beberapa netizen.
#Amira Othman #Amin #Fattah #Bayar #Blushing