Fattah Amin 'Bahan' Alvin Chong di Instagram

Kamaruddin Razal
Oktober 6, 2017 12:00 MYT
Kemesraan yang ditonjolkan dalam persahabatan Fattah Amin dan Alvin Chong bukan sahaja dapat disaksikan dalam program The House, malah hubungan ukhwah itu juga terbawa di laman Instagram.
Menerusi sebuah entri yang telah dimuat naik oleh Alvin di laman Instagram @alvinchong123, Fattah telah meninggalkan komen 'membahan' Alvin.
"Bila phone tak ada internet. Tag kawan-kawan yang phone selalu tak ada internet. Jom tengok The House episod terbaru di www.thehouse.com.my! #TheHouseMY," tulis Alvin.
Entri tersebut mendapat perhatian Fattah.
"Ala, tak mengapa kalau tak ada internet. Bukan nak FaceTime siapa-siapa pun," tulis Fattah.
Alvin yang geram dengan komen Fattah tidak berdiam diri dan membalasnya.
"I tau lah I tak sebahagia someone... Oi... Balaslah WhatsApp.." balas Alvin.
Gelagat Alvin dan Fattah menarik perhatian peminat mereka.
Jangan lupa untuk menyaksikan gelagat lucu dan mencuit hati mereka dalam musim terbaru The House!
Kenali Fattah dan Alvin dengan lebih lanjut dan ikuti perjalan persahabatan mereka dalam musim terbaru program realiti ini.
Tonton episod penuh The House yang ditayangkan secara eksklusif menerusi www.thehouse.com.my atau portal Astro Gempak!
Anda juga boleh menikmati The House menerusi aplikasi Gempak. Muat turun aplikasi tersebut sekarang di Apps Store serta Play Store.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#Fattah Amin #Alvin Chong #The House 4