Fattah Amin Dipuji Bijak Redakan Keadaan, Kongsi Momen Manis Bersama Anak - “Dah Jangan Gaduh-Gaduh…”
Pelakon, Fattah Amin menarik perhatian ramai selepas berkongsi video meluangkan masa bersama anaknya, Nur Fatima Aisya.
Menerusi hantaran di Instagram, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin berkongsi momen Fatima sedang menghubungi neneknya, Azizah yang berbincang mahu meluangkan masa untuk bercuti di pusat peranginan, Disneyland.
“Dah jangan gaduh-gaduh ye.. Fatima ok je ni dengan Nenda semua tengah bincang nak pergi Disneyland,” tulis Fattah ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Fattah yang dilihat sentisa tenang menghadapi kontroversi melibatkan dirinya.
Malah ada yang menganggap Fattah bijak mengawal situasi agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.
“Rasa fattah ni mcm PMX je.. Org lain buat dia settlekan, kena kutuk maki dia cool je.. Keep being like this bro.. Ingat Allah selalu bersama org yg sabar.
“Alhamdulillah.. semoga semuanya dipermudahkan.. kita berprasangka baik.. InsyAllah akan dpt yg baik2..
“Suka cara @fattahaminz selalu tenang dlm menghadapi masalah & kutukan... salute him👏👏
“Bang long bijak softkn keadaan 👏👏 tenang semua nurtizen, kite kene happy utk semua
“Love cara Fattah Amin manage keadaan,” komen netizen.
Terdahulu, tular sepotong video memaparkan Fatima meluahkan kepada ibunya, Fazura dimana anaknya mendakwa nenda mengatakan dirinya tidak comel dan tidak pandai.
Bagaimanapun, Fazura menegaskan tidak mungkin ibu Fattah Amin akan berkata sedemikian kepada Fatima.
Untuk rekod, Fattah mendirikan rumah tangga dengan Fazura pada 27 November 2017 namun mereka bercerai pasa 7 Oktober tahun lalu.Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.