Fattah Amin Diusik Berisi, Ini Respons Amira Othman - “Jangan Cakap Berisi Nanti Dia…”
Penampilan pelakon popular Fattah Amin baru-baru ini mencuri perhatian netizen apabila ada yang memberi komen mengenai perubahan fizikalnya yang kelihatan lebih ‘berisi’.
Dalam satu hantaran bergambar yang dimuat naik Amira Othman di media sosial, seorang pengguna meninggalkan komen ‘bergurau’ mengenai saiz badan Fattah.
“Abg Long berisi betul ek skrg… nanti sambung duta Jakel nak kena tukar saiz ni,” tulis individu tersebut sambil disertakan emoji ketawa.
Menariknya, komen tersebut mendapat respons daripada penyanyi, Amira Othman.
“Dia buff sebab main gym. Jangan cakap berisi nanti dia tak mahu makan langsung. Hehe,” balas Amira.

Komen pelantun lagu Hati-Hati ini mendapat pelbagai reaksi positif daripada peminat yang rata-rata mendoakan yang terbaik buat mereka.
Malah, ramai juga yang menyokong dan bersetuju bahawa perubahan fizikal Fattah ini lebih baik daripada yang penampilan yang dahulu.
“Tapi Fattah badan berisi sikit macam sekarang baru nampak handsome.
“Auch sweet betul kak long ni dah tahu semua pasal abang long.
“sumpah lebih suka posture badan fattah yang sekarang,” komen beberapa netizen.