Fattah Amin Hero Coffee Prince Malaysia? A Big No! - Ini Reaksi Peminat Drama Korea

Syafiqah Jalal
Julai 12, 2017 10:48 MYT
Nama pelakon Fattah Amin kembali hangat sebaik sahaja desas-desus mengenai pemilihannya sebagai hero untuk drama Korea popular, Coffee Prince versi Malaysia diumumkan.
Pemilihan Fattah bagaimanapun telah menimbulkan rasa tidak puas terhadap peminat tegar drama Korea di negara ini.
Rata-rata mereka berpendapat Fattah tidak layak membawakan watak Choi Han Kyul kerana lakonannya tidak sehebat Gong Yoo.
Malah peminat drama Korea juga turut menegaskan karakter Choi Han Kyul tidak menepati ciri-ciri yang ada pada diri Fattah.
Selain itu, mereka juga turut memberikan pendapat supaya pengarah, Michael Ang mencari pelakon lain yang lebih layak untuk melakonkan watak tersebut.
Disebabkan perkara itu, mereka juga turut memberikan pelbagai reaksi menerusi laman sosial Twitter dengan memuatnaik foto-foto lucu sebagai ‘troll’ untuk drama versi Malaysia itu.
#Fattah Amin #Gong Yoo #Coffee Prince