Skip to main content

Eksklusif

Fattah Amin, Nabil Ahmad, Erra Fazira & Awie Meriahkan Muzikal #YouCanDuit

mdec-you-can-duit_2.jpg

Artis popular seperti Fattah Amin, Nabil Ahmad, Erra Fazira dan Awie antara yang akan memeriahkan kempen #YouCanDuit Kuala Lumpur dan Karnival CEO Desa di Istana Budaya bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Bakal berlangsung juga pameran #YouCanDuit dan jualan selebriti di perkarangan Istana Budaya.

Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan artis seperti Datuk M.Nasir, Syamel AF,  Altimet, Datuk Vida, Datuk Aliff Syukri, Alyah, Izzue Islam dan ramai lagi,

Selepas beberapa siri kejayaan #YouCanDuit sebelum ini, kempen yang sentiasa diisi dengan aktiviti menarik dan penuh pengisian ilmu ini kembali dengan sesuatu lebih menarik iaitu, Muzikal #YouCanDuit.

Must-Watch Video

Advertisement