Pelakon Fattah Amin dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 (ABPBH 3.0) yang berlangsung malam tadi.

Fattah turut menerima trofi Pelakon TV Popular pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Fattah Amin membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Peugot 408 dan juga trofi.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pula diberikan kepada ratu rock, Ella atau Norzila Aminuddin bagi mengiktiraf sumbangan dan jasa beliau dalam bidang seni lebih 30 tahun.

Sementara itu penyanyi Khai Bahar menggondol dua anugerah iaitu Artis Baharu Lelaki Popular dan juga Penyanyi Lelaki Popular

Siti Nordiana pula dinobatkan Penyanyi Wanita Popular sekaligus menewaskan Stacy, Ayda Jebat, Wany Hasrita dan Amira Othman

Anugerah Penyampai Radio Popular buat pertama kalinya dimenangi Radin yang menewaskan nama-nama besar seperti Johan Raja Lawak, DJ Lin dari Suria Fm, Ikhwan dan Haiza dari Cool fm.

Selain itu, Neelofa turut membawa pulang trofi apabila memenangi anugerah Pengacara TV Popular.

Bertemakan Futuristik, ABPBH 3.0 itu diacarakan oleh Fauziah Dato' Ahmad Daud, Faizal Ismail dan Zulin Aziz.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Khai Bahar, Amy Search, Haiza, Asmidar, Salma dan ramai lagi

Teks oleh Syafiqah Jalal