Pasangan yang meraih anugerah Couple MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era kelmarin, Fattah Amin dan Fazura mengucapkan terima kasih pada semua peminat yang mengundi mereka.

Ucapan penghargaan itu disampaikan oleh Fazura menerusi Instagram Story miliknya, kurang 24 jam yang lalu.



Menurut Fazura, “Faz ingin mengucapkan terima kasih kepada our love warriors yang mengundi Faz dan Fattah pada anugerah semalam.

“Thank you, thank you, thank you, we love you all so much, each and every one of you”, katanya lagi.

Fazura dan Fattah tidak hadir pada acara Anugerah MeleTOP malam Ahad bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil biarpun tercalon sebagai top 5 Couple MeleTOP.

Pengurus Fazura, Iman Tang naik ke atas pentas bagi menerima anugerah tersebut.