Hiburan

Fattah Digosip Bercinta Dengan Wanita VIP, Netizen Petik Nama Azrinaz Mazhar Hakim

Kamaruddin Razal
06/03/2017
11:02 MYT
Selepas episod cinta dengan Neelofa, nama Fattah Amin kembali disebut-sebut apabila dia kononnya kini sedang menyulam cinta dengan seorang wanita berstatus kenamaan.
Khabarnya, wanita yang dimaksudkan itu merupakan seorang selebriti yang pernah menjadi isteri kepada seorang kenamaan pada suatu ketika dahulu.
Hubungan Fattah dan wanita itu dikatakan mula terjalin selepas pelakon lelaki itu membuat kenyataan sudah tidak mempunyai hubungan dengan pelakon popular Neelofa.
Bagaimanapun, netizen memetik nama Azrinaz Mazhar Hakim sebagai individu yang dimaksudkan memandangkan mereka pernah memuatnaik foto bersama.
Malah ruang komen foto di laman sosial Instagram Azrinaz turut dihujani pelbagai komen daripada peminat. Ada yang mendoakan mereka bersama dan ada juga menyifatkan hubungan mereka tidak sesuai.
Sebelum Neelofa, Fattah pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Sherry Ibrahim.
Azrinaz pula sebelum ini pernah bercinta dengan selebriti Wak Doyok sebelum mengakui telah putus pada hujung tahun lalu.
Kita tunggu penjelasan selanjutnya daripada Fattah dan Azrinaz selepas ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Dan Fattah Okay, Kami Cuma Sibuk” - Fazura

gempak
22/07/2024
07:15 MYT
Pelakon Fazura tampil membuka mulut susulan ada dakwaan beberapa pihak yang mengatakan rumah tangganya bersama suami, Fattah Amin dikatakan sedang bergolak.
Viral

Puteri Ameerah Curi Tumpuan Ramai Ketika Hadiri Istiadat Pertabalan YDP Agong – “Cantik Macam Bonda Dia”

gempak
20/07/2024
13:25 MYT
Menerusi perkongsian sebuah akaun di Instagram (IG), Puteri Ameerah dilihat jelita dan manis ketika berjalan memasuki Balairung Seri, Istana Negara bersama kerabat diraja Brunei.
Viral

Azrinaz Mazhar Hakim Dedah Kenapa Dia Mendiamkan Diri Selama Sebulan

gempak
02/04/2024
14:25 MYT
Bekas wartawan penyiaran, Azrinaz Mazhar Hakim akhirnya mendedahkan kepada pengikutnya sebab mengapa dia mengambil keputusan untuk berdiam diri selama sebulan.
Hiburan

Peminat Wanita Menangis Tonton Lakonan Fattah Amin

gempak
21/02/2024
11:01 MYT
Pelakon, Fattah Amin mendedahkan ada peminat daripada Indonesia yang menangis gara-gara menonton pengakhiran wataknya di dalam filem Trinil: Kembalikan Tubuhku.
Laman Utama

"Naratif Perang Dingin Tak Betul, Tak Pasti Niatnya Apa" - Fazura

gempak
10/11/2023
01:37 MYT
Alamak!