Hiburan
Fattah-Fazura Bakal Lancarkan Lagu Duet ‘Bertahan Demi Cinta’, Difahamkan Sudah Rakam Ketika Masih Suami Isteri
Baru sahaja bercerai talak satu pada Isnin, bekas pasangan selebriti sensasi Fattah Amin dan Nur Fazura dikatakan bakal melancarkan lagu duet baharu berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’.
Dirakam awal
Perkara itu dimaklumkan oleh sebuah label rakaman Indonesia, Hits Records menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Kongsingnya, lagu duet tersebut bakal diluncurkan di semua platform digital pada 10 Oktober ini iaitu pada Khamis.
Difahamkan juga, dua selebriti itu sudah lama merakam lagu yang mendapat sentuhan komposer Ippo Hafiz itu ketika mereka masih berstatus suami isteri.
Menerusi perkongsian yang sama, label tersebut turut berkongsi sedikit ‘teaser’ lagu berkenaan.
Menjengah ruangan komen, pelbagai reaksi diluahkan netizen apabila ada segelintir yang menganggap kurang sesuai melancarkan lagu itu pada waktu sekarang susulan isu rumah tangga Fattah dan Fazura masih diperkatakan.
ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Dedah Fattah Berlaku Curang, Terkilan Pengorbanan Dipersiakan - “Bertahun-Tahun Saya Hidup Sengsara”
ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Menangis, Fattah Amin Sah Lafaz Cerai Talak Satu
ARTIKEL BERKAITAN:Setahun Menyepi, Hantaran Fazura Di X Bikin Netizen Kecoh - “Hint Ke Ni?”
ARTIKEL BERKAITAN:"Sentiasa Gembira & Dimurahkan Rezeki" - Fazura Terima Sejambak Bunga & Kad Ucapan Dari Fattah Amin Sempena Birthday
ARTIKEL BERKAITAN:“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin
Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi Isnin.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Must-Watch Video