Drama

Fauzi Nawawi Angkat Pelakon Drama Dalam Filem Arahannya

Syafiqah Jalal
22/02/2017
04:22 MYT
Pelakon dan pengarah, Fauzi Nawawi akui sengaja mengambil pelakon-pelakon drama untuk membintangi filem arahan terbarunya berjudul Pak Pong.
Fauzi Nawawi, 45, berkata pelakon drama terutama yang sudah lama dalam industri mempunyai bakat lakonan lebih berkualiti.
“Jika dilihat, walaupun mereka hanya pegang watak kecil tetapi ia memberi impak kepada jalan cerita Pak Pong.
"Memang kebanyakan mereka adalah pelakon yang sering kita lihat beraksi dalam drama kerana saya mahu penonton dapat memberi peluang dan ruang kepada mereka yang sudah lama berlakon.
"Saya mahukan kualiti lakonan mereka dan bukannya populariti di dalam filem saya. Tidak semestinya mereka kurang jumlah pengikut dan peminat tidak bermakna mereka tidak bagus," katanya kepada Astro Gempak.
Pak Pong membariskan 24 pelakon yang terdiri daripada Hairul Izreen, Yasmin Hamid, Saiful Apek, Siti Saleha, Datuk Eizlan Yusof, Kazar, Marsha Milan Londoh dan ramai lagi.
Mengulas mengenai tugasnya sebagai pengarah dan dalam masa yang sama berlakon dalam filem tersebut, Fauzi memberitahu ia berjalan lancar.
“Ada dalam kalangan mereka pelakon yang lebih senior daripada saya. Namun begitu, apabila saya berada di kerusi pengarah, saya tidak malu untuk menegur mereka.
"Saya jelaskan lakonan yang saya mahu dan mereka memberikan kerjasama yang baik sepanjang penggambaran berlangsung,” katanya lagi.
Filem bergenre aksi itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 23 Februari ini.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Noorkhiriah Mohon Maaf Badan Fareez Berbirat Masa Babak Pukul, Fauzi Nawawi Tak Marah - “Tak Apa, Anak Jantan”

gempak
22/06/2024
02:05 MYT
Pelakon, Fauzi Nawawi tidak melenting apabila mengetahui badan anaknya iaitu Fareez berbirat selepas melakonkan babak dipukul bersama aktres, Noorkhiriah.
Hiburan

"Dah Nyanyi Tak Dibayar, Diganti Baju Melayu Saja" - Fareez Fauzi

gempak
27/01/2024
03:55 MYT
Penyanyi dan pelakon, Fareez Fauzi mendedahkan pernah berdepan pengalaman tidak dibayar selepas membuat persembahan beberapa tahun lalu.
Laman Utama

Fauzi Nawawi Respons Isu Harta Digadai & Kereta Pernah Ditarik - “Saya Hanya Perlu Kongsikan…”

gempak
10/08/2023
00:50 MYT
Fauzi nafi dakwaan kereta pernah ditarik.
Laman Utama

Fauzi Nawawi Betulkan Salah Faham Lisdawati Tak Ada Job Selepas Bertudung - "Tercalar Maruah Saya Sebagai ..."

gempak
09/08/2023
03:44 MYT
Hanya salah faham saja.
Laman Utama

#PE3 : Dah Kutip RM16 Juta! Fauzi Nawawi Akui Berbaloi Terbabit Dengan Filem Mega Polis Evo 3

gempak
29/05/2023
06:50 MYT
Memang berbaloi!