Pelakon Lisdawati tidak mahu mengulas lanjut mengenai video lucah mirip suaminya, Fauzi Nawawi yang tersebar beberapa hari lalu.

Menurut Lisdawati apa yang pasti suaminya telah menjadi mangsa pihak yang mempunyai hasad dengki.

BACA: Aiyo... Video Lucah 'Capmelan' Lelaki Mirip Artis Berstatus Suami Orang Pula Tular!

BACA: “Tunggu Saya Buat Laporan Polis & Cari Orang Yang...”- Video Lucah Mirip Fauzi Nawawi Tersebar, Ini Penjelasannya

“Saya tak nak ulas sebab abang dah beri ulasan. Tak baik sebarkan cerita aib orang.

“Abang memang jadi mangsa orang yang mendengki, saya hanya serah pada yang berkuasa,” katanya ringkas.

Lisdawati berkata kepada Astro Gempak selepas diminta mengulas isu video bogel seorang lelaki mirip suaminya dengan aksi melakukan onani yang tular sejak beberapa hari lalu.


Lisda dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007. Mereka dikurniakan 4 cahaya mata dan Fauzi turut mempunyai 4 orang anak lagi hasil dari perkahwinan terdahulu.