gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Bangkai Anak Gajah Telah Ditanam Di Lokasi 'Rahsia'
HIBURAN
"Selagi Allah Beri Peluang & Mereka Masih Bernyawa..." - Puisi Fizie Sempena Hari Ibu Undang Sebak Ramai
BERITA
Isteri Fail Cerai Selepas ChatGPT Dedah Suami Curang
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Fauziah Latiff Selektif Dalam Pemilihan Lagu - “Saya Sudah lama Tidak Rakam Single, Tapi…”

gempak
Ainun Md Zooki
12/05/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
Fauziah Latiff Selektif Dalam Pemilihan Lagu - “Saya Sudah lama Tidak Rakam Single, Tapi…”
Penyanyi, Fauziah Latiff mengakui dia masih belum bersedia untuk kembali aktif dalam dunia nyanyian kecuali melibatkan projek kolaborasi khas yang menyentuh hatinya.
Jelas Fauziah atau nama sebenarnya, Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, 54, kali terakhir dia merakamkan lagu adalah pada tahun lalu, namun lagu tersebut tidak dikomersialkan kerana ia hanya digunakan sebagai runut bunyi untuk sebuah drama.
"Saya bukanlah kembali aktif tapi Tak Terpisah ini satu projek istimewa bersama JessC. Jadi, saya berterima kasih kepada JessC dan pasukan atas peluang merakamkan lagu duet ini.

"Kali terakhir saya hadir dengan single solo adalah tahun lalu, itu pun lagu runut bunyi untuk drama terbitan Zeel Productions. Lagu itu dirakamkan hanya untuk drama itu.

“Lagipun saya sudah lama tidak merakamkan single solo. Tapi bagi saya tidak mengapa walaupun ramai yang bertanyakan mengenai single baru saya,” katanya kepada Gempak.
Fauziah Latiff berkata demikian ketika menghadiri majlis pelancaran album bahasa Melayu berjudul Dekati oleh JessC di Symphony Theatre, Shah Alam baru-baru ini.
Meskipun ramai peminat bertanya mengenai bilakah dia mahu mengeluarkan single baharu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu itu menjelaskan dia tetap bersikap selektif terhadap karya yang ditawarkan.
“Ada beberapa lagu yang saya terima dan ada satu lagu yang saya sangat suka, tetapi mungkin belum ada jodoh dengan lagu itu.

“Pada tahap saya sekarang, saya perlu lebih berhati-hati dalam memilih lagu kerana ia satu tanggungjawab besar untuk disampaikan kepada pendengar,” jelasnya.

Tetap dengan pendiriannya yang tersendiri, Fauziah berkata setiap lagu yang dirakam harus datang dari hati, dan sebab itu proses pemilihan dibuat dengan teliti.
"Jadi, perkara ini sangat dititikberatkan. Biarlah kita hasilkan lagu yang betul-betul orang suka dan kita nyanyi pun dari hati.
"Setiap lagu saya rekod pun ada keistimewaan tersendiri jadi dari segi pemilihan perlu terperinci. Tapi saya terbuka dengan genre baru dan juga komposer baharu," katanya.
Topic Berkaitan
#Lagu
#Fauziah Latiff
#Selektif
#Pemilihan
Must-Watch Video